Latarbelakang

Perpustakaan PKB adalah seusia Politeknik Kota Bharu yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan. Bermula dengan hanya sebuah bilik bacaan kecil sebesar bilik darjah, jumlah koleksi pada masa itu adalah lebih kurang sebanyak 4,000 naskah dan diurus oleh seorang pensyarah DG3 dibantu oleh 2 orang P.A.R.


Pada pertengahan tahun 1988, PKB telah berpindah ke Kok Lanas dan Perpustakaan telah diberi ruang seluas lebih kurang 1,200 m2. Koleksi pada masa itu adalah berjumlah lebih kurang 7,000 unit dengan bilangan pelajar PKB seramai 1,000 orang.

Mulai tahun 1989, seorang Penolong Pegawai Perpustakaan S27 telah ditempatkan di Perpustakaan PKB dibantu oleh 2 orang P.A.R. Perpustakaan masih lagi di bawah penyeliaan seorang Pensyarah Kanan DG3.
Pada pertengahan tahun 2002, seorang Pustakawan, S41 telah di tempatkan di Unit Perpustakaan, dan 4 orang Pembantu Perpustakaan telah diluluskan perjawatannya. Koleksi pada masa ini telah meningkat kepada 20,000 unit. Fungsi perpustakaan juga telah berubah daripada sebuah Perpustakan Sekolah kepada sebuah Perpustakaan Akademik.

Pada tahun yang sama juga perpustakaan telah mendapat peruntukan khas di bawah projek ‘ESSP World Bank’ untuk menaiktaraf Politeknik. Peruntukan tersebut termasuklah penambahan koleksi dan pengubahsuaian ruang.

Pertengahan tahun 2004, perpustakaan telah memperolehi ruang tambahan di tingkat satu menjadikan ruangnya bertambah sekali ganda setelah beberapa unit telah dipindahkan ke bangunan baru.

Pada tahun 2008, jawatan Pustakawan S44 telah diwujudkan dan jawatan ini telah diisi pada Ogos 2010. Perjawatan  Pembantu Perpustakaan S17 juga telah ditambah daripada 4 kepada 6 orang pada tahun 2009.

Pada peringkat awal penubuhan perpustakaan menggunapakai Sistem Pengkelasan ‘Dewey Decimel Classification’ (DDC). Memandangkan fungsi dan peranan yang telah berubah, pihak pengurusan perpustakaan telah memutuskan untuk menukar sistem pengkelasan daripada DDC kepada ‘Library of Congress Classification’ (LCC).

VISI
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional.

FALSAFAH PERPUSTAKAAN
PRASARANA BERILMU SEJAJAR TEKNOLOGI TERKINI

DASAR PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Politeknik Adalah Komited Untuk Menyediakan Koleksi Yang Berkualiti Serta Perkhidmatan Yang Efisyen Dan Berhemah Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan Sejajar Dengan Visi, Misi Dan Objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN
  1.  Mengesan, Mengumpul, Menyimpan, Mengurus, Menyedia Dan Menyebarkan Sumber Yang Bersesuaian, Berkualiti Dan  Terkini Dalam Semua Program Anjuran Politeknik.
  2. Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Memupuk Minat Dan Membudayakan Ilmu.
  3. Memberikan Perkhidmatan Perpustakaan Yang Cemerlang Bersesuaian Dengan Perkembangan Teknologi Maklumat.
  4. Membantu Melahirkan Tenaga Separa Profesional Yang Kreatif Dan Berdaya Saing Serta Mempunyai Sahsiah Diri Yang Tinggi.

PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam dan berjanji akan:
  1. Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan koleksi tidak melebihi 1 minit
  2. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan
  3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan
  4. Memastikan susunatur, kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistemetik bagi memudahkan dapatan kembali
  5. Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta tugasan bagi memastikan kepuasan pelanggan

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)