Posts

Showing posts from October, 2019

Sekitar 2019 (Oktober - Disember)

Image
PROGRAM : RETREAT KECERGASAN & SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA KRP TARIKH:    24 DISEMBER 2019 Pada 24 Disember 2019 bertempat di  KB Land, Billion Kota Bharu berlangsungnya  bowling tournament dan sambutan hari lahir. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara  ahli KRP dan  staf perpustakaan.  PROGRAM :  TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI DISEMBER 2019 TARIKH:    11 DISEMBER 2019 Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Disember 2019. Taklimat  ini adalah mengenai perkhidmatan perpustakaan, kemudahan perpustakaan dan sumber maklumat elektronik kepada pelajar-pelajar baharu. PROGRAM :  BENGKEL U-PUSTAKA TARIKH:    31 OKTOBER 2019 Bengkel U-Pustaka adalah salah satu  kursus yang diberi kepada staf perpustakaan PKB. Objektif bengkel ini bertujuan memberi pengajaran secara teori dan praktikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik