Posts

Showing posts from 2018

Sekitar 2018 (Julai - September)

Image
PROGRAM : TEKA JUMLAH BUKU & TEKA MUKA SURAT BUKU
TARIKH :05-19 OGOS 2018 Bermula pada 05-19 Ogos sempena bulan kemerdekaan, peraduan teka jumlah buku & teka muka surat buku mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar PKB. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan tiga orang pemenang dipilih bagi setiap peraduan.




PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN
TARIKH :SEPANJANG BULAN OGOSPameran kemerdekaan diadakan di unit perpustakaan  sepanjang bulan Ogos. Koleksi buku tokoh-tokoh kemerdekaan dipamerkan untuk mendorong kita  mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.


PROGRAM : TEAM BUILDING 2018
TARIKH :08 OGOS 2018Alhamdulillah dan terima kasih kepada staf perpustakaan, ahli KRP dan alumni KRP  yang menjayakan program team building 2018 yang bertempat di Pantai Air Tawar, Besut Terengganu. Program ini bertujuan merapatkan ukhwah dan kerjasama antara ahli kelab.

Sekitar 2018 (April - Jun)

Image
PROGRAM : LET'S READ 10 MINUTE
TARIKH : 24 APRIL 2018


Program Mari Membaca Bersama Untuk 10 Minit / Lets Read Together For Ten Minutes telah disempurnakan dengan jayanya pada  24 April 2018. 
Unit Perpustakaan selaku pihak penganjur merakamkan ucapanterimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta program dan warga PKB yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini.

Sekitar 2018 (Jan - Mac)

Image
PROGRAM : INFORMATION LITERATURE QUIZ
TARIKH : 19 FEBRUARI - 1 MAC 2018

Aktiviti Information Literature Quiz dilaksanakan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu dalam konteks penyelesaian sesuatu masalah dalam bentuk kuiz secara atas talian. Aktiviti ini merupakan anjuran Unit Perpustakaan PKB dengan kerjasama Kelab Rakan Pustaka yang telah diadakan pada 19 Feb 2018 sehingga 1 Mac 2018. Melalui program ini, para peserta digarap melalui beberapa soalan pengujian minda bagi memperkembangkan intelek dan emosi pelajar secara positif dan memanfaatkan kemudahan dapatan sumber maklumat di Perpustakaan PKB. Pemenang tempat pertama ialah Nur Hazwani Bt Samsuddin daripada Jabatan  Perdagangan.

PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH : 27 FEBRUARI 2018
Program Books4U  bertujuan untuk memudahkan warga PKB untuk mengakses buku-buku terkini yang terdapat di dalam Perpustakaan PKB. Aktiviti yang dijalankan adalah Perkhidmatan Pinjaman Buku, Kuiz dan Lucky Draw. Program ini telah dijalankan di ruang leg…