Sekitar 2017 (Oktober - Disember)


PROGRAM : COLLABORATION LIBRARIANSHIP PROGRAM
TARIKH     : 11 - 13 DISEMBER 2017

Program ini telah dijalankan di Maahad Syamsul Maarif (P) Lilbanat Pulai Chondong, Kelantan. Ahli Kelab Rakan Pustaka, pelajar praktikal dan staf perpustakaan telah bekerjasama  mengadakan aktiviti Pengkelasan. Menentukan nombor klas bahan mengikut Dewey Decimal Classification (DDC) dan menampal Label Tetulang Buku (Spining label) serta menyusun atur bahan tersebut di rak mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan.





PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI DISEMBER 2017
TARIKH     : 26,28,30 NOVEMBER 2017

Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Disember 2017. Taklimat  ini  bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar baru mengenai perkhidmatan Perpustakaan PKB  dan juga tentang Kelab Rakan Pustaka. 

 







PROGRAM : STOCK CHECKING
TARIKH     : 8 - 16 NOVEMBER 2017

Aktiviti stock checking telah dijalankan oleh staf-staf perpustakaan yang bertujuan untuk mengemaskini jumlah buku yang terdapat di perpustakaan. 

 



PROGRAM : PROGRAM 'LEADERSHIP CAMP KRP'
TARIKH :  10 - 11 OKTOBER 2017

Alhamdulillah, pada 10 hingga 11 Oktober 2017  telah berlangsung program 'Leadership Camp KRP'  kerjasama dengan Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) dengan jayanya di Putra Valley, Tanah Merah, Kelantan.
Objektif utama kem ini diadakan untuk memberi pendedahan yang terancang ke arah pembetukan sikap yang positif, keyakinan diri dan nilai murni bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketerampilan. 


                                                       Antara aktiviti yang dijalankan oleh ahli KRP

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)