Sekitar 2018 (Jan - Mac)


PROGRAM : INFORMATION LITERATURE QUIZ
TARIKH : 19 FEBRUARI - 1 MAC 2018

Aktiviti Information Literature Quiz dilaksanakan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu dalam konteks penyelesaian sesuatu masalah dalam bentuk kuiz secara atas talian. Aktiviti ini merupakan anjuran Unit Perpustakaan PKB dengan kerjasama Kelab Rakan Pustaka yang telah diadakan pada 19 Feb 2018 sehingga 1 Mac 2018. Melalui program ini, para peserta digarap melalui beberapa soalan pengujian minda bagi memperkembangkan intelek dan emosi pelajar secara positif dan memanfaatkan kemudahan dapatan sumber maklumat di Perpustakaan PKB. Pemenang tempat pertama ialah Nur Hazwani Bt Samsuddin daripada Jabatan  Perdagangan.


     Juara Information Literature Quiz

                             Pemenang tempat kedua dan ketiga



PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH : 27 FEBRUARI 2018

Program Books4U  bertujuan untuk memudahkan warga PKB untuk mengakses buku-buku terkini yang terdapat di dalam Perpustakaan PKB. Aktiviti yang dijalankan adalah Perkhidmatan Pinjaman Buku, Kuiz dan Lucky Draw. Program ini telah dijalankan di ruang legar perpustakaan  dan mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan  dari pelajar dan  staf PKB.

 

                                             Suasana meriah sepanjang program Books4u







PROGRAM : TAKLIMAT U-PUSTAKA
TARIKH : 27 FEBRUARI 2018

En. Mohd Azwar bin Junoh selaku penceramah memberi taklimat U-Pustaka kepada pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftar menjadi ahli U-Pustaka. Taklimat ini tamat dengan jayanya. 








PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN KE PERPUSTAKAAN UMK
TARIKH : 7 FEBRUARI 2018

Unit Perpustakaan PKB bersama ahli kelab telah membuat lawatan penandarasan ke  perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa. Tujuan lawatan adalah untuk melihat persediaan yang dijalankan untuk mendapat pensijilan EKSA.

 

 

 


PROGRAM : TAKLIMAT U-PUSTAKA
TARIKH : 22 JANUARI 2018

Perpustakaan PKB telah menjalankan taklimat mengenai perkhidmatan U-Pustaka. Seramai 39 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan telah menyertai taklimat ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftar menjadi ahli U-Pustaka.

     En. Mohd Azwar Bin Junoh penceramah taklimat U-Pustaka

 

PROGRAM :  PERTANDINGAN FOTOGRAFI TERBAIK
TARIKH : 14 JANUARI - 4 FEBRUARI 2018

Pertandingan fotografi  yang bertemakan “Warga Kreatif PKB Progresif” telah berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, dapat menggalakkan penghasilan seni fotografi yang kreatif dan berkualiti. Juara pertandingan ini dimenangi oleh Muhammad Asrul Bin Yahya daripada Jabatan Kejuruteraaan Elektrik. Hadiah disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan iaitu Pn. Aniza Eryani dan Penolong Pustakawan Kanan En. M0hd Azwar Bin Junoh.



                                                                                           

 

 

PROGRAM : GOTONG ROYONG EKSA
TARIKH : 7-8 JANUARI 2018

Sebagai persediaan untuk "Audit Dalaman EKSA dan Pertandingan Zon Paling Ceria ", staf perpustakaan dan ahli KRP sama - sama bergotong royong.




Comments

Popular posts from this blog

Latarbelakang

Sekitar 2018 (Julai - September)