Sekitar 2018 (Julai - September)

 

 

PROGRAM : TEKA JUMLAH BUKU & TEKA MUKA SURAT BUKU
TARIKH : 05-19 OGOS 2018

Bermula pada 05-19 Ogos sempena bulan kemerdekaan, peraduan teka jumlah buku & teka muka surat buku mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar PKB. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan tiga orang pemenang dipilih bagi setiap peraduan.


Tahniah...kepada semua pemenang





PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN
TARIKH :  SEPANJANG BULAN OGOS

Pameran kemerdekaan diadakan di unit perpustakaan  sepanjang bulan Ogos. Koleksi buku tokoh-tokoh kemerdekaan dipamerkan untuk mendorong kita  mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

 




PROGRAM : TEAM BUILDING 2018
TARIKH : 08 OGOS 2018

Alhamdulillah dan terima kasih kepada staf perpustakaan, ahli KRP dan alumni KRP  yang menjayakan program team building 2018 yang bertempat di Pantai Air Tawar, Besut Terengganu. Program ini bertujuan merapatkan ukhwah dan kerjasama antara ahli kelab.

Aktiviti berkumpulan..semuanya sporting 😍 👍





PROGRAM : LET'S RIDE TOGETHER
TARIKH : 24 JULAI 2018

Aktiviti berbasikal mampu memperbaiki tahap kesihatan diri. Selain itu, ia   amat menyeronokkan dan mengeratkan lagi kemesraan di antara staf dan ahli Kelab Rakan Pustaka. Alhamdulillah...dengan kerjasama daripada staf Unit Sistem Teknologi Maklumat PKB sebagai pemandu arah dan ahli kelab yang sporting, aktiviti ini tamat dengan jayanya.

 

 

Jom gateh ...🚴🚴🚴🚴🚴

  

 

PROGRAM : TAKLIMAT U-PUSTAKA
TARIKH : 23 JULAI 2018

Pn. Aniza Eryani bt Mohd Razi selaku penceramah memberi taklimat U-Pustaka kepada pelajar  Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftar menjadi ahli U-Pustaka.







PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
TARIKH : 22 JULAI 2018

Unit Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan daripada  Kolej Vokasional Kemaman. Tujuan lawatan  untuk mendapatkan informasi, maklumat dan pengalaman dari politeknik berkaitan keperluan-keperluan lawatan akreditasi penuh oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


En. Azwar menerangkan kaedah sistem yang digunakan di perpustakaan 



                             

PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN
TARIKH     : 1,2,4 & 5 JULAI 2018

Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Jun 2018. Taklimat  ini  bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar baru mengenai perkhidmatan dan peraturan Perpustakaan PKB. 




Comments

Popular posts from this blog

Latarbelakang

Sekitar 2018 (Jan - Mac)