Sekitar 2022 (Jan - Mac)

PROGRAM :  LAWATAN BENCHMARKING EKSA DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

TARIKH:  30 MAC 2022

Pada 30 Mac 2022, Unit Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Para pegawai dibawa melawat sambil diberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di unit perpustakaan.























PROGRAM :  HEBAHAN: WACANA MANUSKRIP MELAYU & MAJLIS PELANCARAN BUKU

TARIKH:  24 MAC 2022








“Apa tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya,
Apa tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus sifatnya”
Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.1/2022 yang akan merungkai metode tradisi keilmuan Islam alam Melayu, adab, nasihat dan petua dalam menuntut ilmu bersama YBrs. Prof. Dr. Muhammad Mustaqim dan YBrs. Dr. Mohd Anuar dari Universiti Sains Islam Malaysia, pada:

Tarikh : 24 Mac 2022 (Khamis)
Masa : 10:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat : Aras 10, Menara PNM @ secara langsung di saluran YouTube PNM TV Channel (https://youtu.be/k5e22br0EOw)




















PROGRAM :  HEBAHAN:  MANUSKRIP MELAYU TERPILIH

TARIKH:  MAC 2022
 
 

Di sebalik tanggapan senjata api yang sering dikaitkan dengan keganasan, ia perlu terus dipelihara untuk membuktikan khazanah senjata warisan Melayu boleh dibanggakan dan tidak terlalu mengagungkan kehebatan bangsa lain.
Manuskrip ilmu bedil dan persenjataan perlu dikongsikan bersama khalayak yang ingin mendalami makna teknologi berdasarkan sumber yang berautoriti dan dekat dengan kehidupan orang Melayu itu sendiri.
PNM mengalu-alukan kehadiran pembaca atau orang awam ke Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia untuk merujuk dan mengkaji manuskrip Melayu yang begitu bernilai dan informatif ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
PROGRAM :  HEBAHAN:  PERTANDINGAN POSTER DIGITAL 'RAKYAT MALAYSIA, JOM MEMBACA'
 
TARIKH:  14 MAC - 7 APRIL 2022

 

Menangi hadiah wang tunai dengan menyertai Pertandingan Poster Digital 'Rakyat Malaysia, Jom Membaca' sempena Program Jom Baca Bersama 2022.
📅 Tarikh: 14 Mac 2022 - 7 April 2022
Dapatkan syarat-syarat penyertaan dan borang pendaftaran melalui pautan berikut:
1. Syarat-syarat penyertaan
Ayuh, Keluarga Malaysia, tunggu apa lagi.. jom sertai...


















 
PROGRAM :  GOTONG ROYONG MEGA EKSA

TARIKH: 9 MAC 2022

Aktiviti gotong royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dijalankan agar persekitaran kerja yang  bersih, kemas dan kondusif dapat dihasilkan. Gotong royong di perpustakaan ini tertumpu kepada menyusun atur ruang bacaan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan.




Staf perpustakaan sentiasa bersemangat dan bekerjasama💪💪👍












PROGRAM :  GOTONG ROYONG PENYUSUNAN BUKU

TARIKH: 1-3 MAC 2022

Pada 1-3 Mac 2022, staf perpustakaan PKB telah menjalankan aktiviti gotong royong penyusunan buku di atas rak rujukan. Penyusunan bahan ini dilakukan selepas kerja-kerja pengubahsuaian ruang bacaan siap dilakukan. 





















PROGRAM :  GOTONG ROYONG MENYUSUN ATUR RUANG KERJA

TARIKH: 27 JANUARI 2022

Gotong royong pertama bagi tahun 2022 di Unit Perpustakaan PKB ialah menyusun atur ruang kerja staf. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang menarik, bersih dan selesa kepada staf perpustakaan.

 

Good job..!! 









Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)