Sekitar 2023 (Jan - Mac)

PROGRAM  LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARIPADA POLITEKNIK BESUT

TARIKH:  27 MAC 2023

Pada 27 Mac 2023, Perpustakaan PKB telah menerima lawatan penandaarasan EKSA daripada Politeknik Besut. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan melihat amalan EKSA yang dilaksanakan di perpustakaan dan Galeri PKB. Terima kasih untuk kesudian kunjungan semua. Semoga lawatan yang dilaksanakan ini bermanfaat.


Lawatan EKSA daripada Politeknik Besut













PROGRAM  BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK 

TARIKH:  08 MAC 2023

Perpustakaan PKB telah mengadakan Bengkel Sumber Elektronik kepada pelajar semester 4 (DPR4A & DPR4B). Seramai 37 orang pelajar telah menyertai bengkel ini. Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan kepada pelajar cara mengakses pangkalan data disediakan di perpustakaan, platform akses terbuka dan enjin pencarian. Terima kasih kepada Pn. Aniza Eryani Bt Mohamad Razi selaku penceramah yang berkongsi ilmu kepada pelajar semester 4 PKB.
















PROGRAM  LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARIPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

TARIKH:  16 FEBRUARI 2023

Pada 16 Februari 2023, Perpustakaan PKB telah menerima lawatan penandaarasan EKSA daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu tentang cara perlaksanaan EKSA yang dijalankan. Terima kasih untuk kesudian kunjungan semua. Semoga bermanfaat.


Lawatan EKSA daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan













PROGRAM  LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL BACHOK

TARIKH:  15 FEBRUARI 2023

Unit Perpustakaan PKB telah menerima lawatan penandaarasan EKSA daripada Kolej Vokasional Bachok. Para pegawai seramai 20 orang dibawa melawat sambil diberi taklimat ringkas mengenai perlaksanaan EKSA yang dijalankan di unit perpustakaan. Semoga dengan lawatan ini dapat membantu memberi aspirasi untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA.






Lawatan EKSA daripada Kolej Vokasional Bachok















PROGRAM  LAWATAN DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI PIAH,  KETEREH

TARIKH:  09 FEBRUARI 2023

Unit Perpustakaan PKB telah menerima lawatan daripada Sekolah Kebangsaan Kedai Piah seramai 44 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Para pelajar mendengar taklimat ringkas daripada pustakawan mengenai koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan PKB.  Semoga lawatan sambil belajar ini dapat menyemai budaya suka membaca dan melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan.


Lawatan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh














PROGRAM  MESYUARAT UNIT PERPUSTAKAAN  

TARIKH:  02 FEBRUARI 2023

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2023 telah diadakan pada 02 Februari 2023 bertempat di ruang bacaan Perpustakaan PKB. Pn. Aniza Eryani bt Mohammad  Razi mempengerusikan mesyuarat tersebut dan dihadiri oleh 8 orang staf perpustakaan. Pelbagai isu dan program yang dibincangkan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2023.



Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.1/2023








Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)