Sekitar 2025 (Jan - Mac)

PROGRAM: SALAM PERPISAHAN & SELAMAT MAJU JAYA

TARIKH:  27 MAC 2025

















PROGRAM: SEJENAK BERSAMA AL-QURAN

TARIKH:  23 MAC 2025



Perkongsian dan terjemahan via digital Quran di majlis berbuka puasa staf perpustakaan bersama ahli KRP













PROGRAM: LAWATAN AUDIT  PEMATUHAN MS ISO 9001:2015

TARIKH:  25 FEBRUARI 2025



Lawatan audit ke Unit Perpustakaan PKB















PROGRAM: MESYUARAT UNIT PERPUSTAKAAN

TARIKH:  13 JANUARI 2025

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2025 telah diadakan pada 13 Januari 2025. Pn. Aniza Eryani Bt Mohammad Razi mempengerusikan mesyuarat. Pelbagai isu dan program dibincangkan. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada staf yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pengkatalogan bahan perpustakaan sepanjang tahun 2024. Tahniah dan syabas diucapkan 👏👏👏

















PROGRAM: MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

TARIKH:  08 JANUARI 2025

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Sharifah Nur Shazleen bt Syed Badrulsham, Nuralia Natasha Azwa bt Mohd Zainuddin dan Nur Syafika Najwa bt Ajuar atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri di Perpustakaan PKB. Semoga lebih maju jaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.















PROGRAM: TAKLIMAT PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SESI 11 : 2024/2025

TARIKH:  07 JANUARI 2025

Selamat datang kepada pelajar baharu Politeknik Kota Bharu Sesi 11 : 2024/2025. Sempena Minggu Transformasi Siswi [MTS] PKB taklimat perpustakaan telah diadakan di Dewan Al-Ghazali PKB. Taklimat disampaikan oleh pustakawan iaitu Pn. Alia Hanim bt Mohamad Hassan. Tujuan taklimat diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar baharu mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan, koleksi bahan serta cara untuk mengakses buku di Perpustakaan PKB. Tahniah kepada pemenang kuiz taklimat perpustakaan dan selamat maju jaya !


Suasana Taklimat Perpustakaan Sesi 11 : 2024/2025 




Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2019 (Julai -September)

Koleksi

Sekitar 2024 (Julai - September)