Sekitar 2014

ARIKH : 6 DISEMBER 2014
PROGRAM : BENGKEL KEUSAHAWANAN WAFFLE

Bengkel Keusahawanan Waffle anjuran Perpustakaan Politeknik Kota Bharu bertempat di G'Cafe dan perpustakaan. Bengkel ini melibatkan seramai 30 orang ahli Kelab Rakan Pustaka dan staf perpustakaan. Taklimat dan demo diberi oleh Waffle King bagi mengetahui cara pembuatan waffle dengan lebih mendalam.



Demo pembuatan waffle oleh Waffle King



TARIKH : 11 - 14 NOVEMBER 2014
PROGRAM : LAWATAN KEUSAHAWANAN KELAB RAKAN PUSTAKA KE PULAU PINANG

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan lawatan berbentuk ilmiah bersama ahli Kelab Rakan Pustaka ke Pulau Pinang bermula dari 11 hingga 14 November 2014. Beberapa tempat telah dikunjungi termasuklah Politeknik Seberang Prai (PSP), Kilang Jeruk Pak Ali Seberang Prai Selatan, Bukit Bendera dan juga Pasar Kemboja yang diketuai oleh Ketua Perpustakaan, Puan Kasuma Dewi. 

Bergambar kenangan bersama staf dan ahli Kelab Politeknik Seberang Prai (PSP)


TARIKH: 29 OKTOBER 2014
PROGRAM : LAWATAN DAN TAKLIMAT DARI STAF PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Program lawatan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan taklimat mengenai Kesedaran Penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Taklimat ini telah disampaikan oleh pihak PNM kepada staf Perpustakaan PKB.


 
Bergambar kenangan bersama pihak PNM

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2014
PROGRAM : TADIKA CILIK PINTAR POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB) 

Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan program untuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak Tadika Cilik Pintar dalam program yang berilmiah. Antara program yang dianjurkan termasuklah sesi menyanyi, mari mewarna, sesi bercerita, dan banyak lagi. 

Antara aktiviti yang dijalankan  bersama kanak-kanak di Tadika Cilik Pintar PKB





PROGRAM : TEAMBUILDING & FAMILY DAY KELAB RAKAN PUSTAKA  & STAF LIBRARY 
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2014

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan Teambuilding dan Hari Keluarga yang disertai oleh staf dan ahli Kelab Rakan Pustaka (KRP) bertempat di Pantai Sri Telong, Bachok Kelantan. Pelbagai acara menarik disediakan bagi merapatkan lagi hubungan antara staf dan juga ahli kelab.

Antara aktiviti yang menambahkan kemesraan staf dan ahli kelab


TARIKH : 10 - 21 OGOS 2014
PROGRAM : PERTANDINGAN MENGHIAS PERPUSTAKAAN ANTARA KUMPULAN

Setiap kumpulan dikhendaki menghias kawasan masing-masing. Pertandingan ini melibatkan Bilik Seminar, Bilik Diskusi 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Markah juri berdasarkan aspek keceriaan, kebersihan dan kreativiti. Tujuan pertandingan ini juga untuk memupuk kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Staf perpustakan bersama ahli kelab saling bekerjasama...

    Sebelum                                                                                         Selepas



          JUARA...( Bilik Seminar ) Pertandingan Menghias  Perpustakaan 2014


TARIKH : 11 OGOS 2014
PROGRAM : BENGKEL MEMBINA BLOG

Bengkel ini telah disertai oleh staf perpustakaan. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang pembinaan blog. Melalui bengkel yang dianjurkan ini setiap staf berpeluang untuk belajar dan menbina blog sendiri.


Sempat kami bergambar sebelum bengkel bermula...

TARIKH : 2 JULAI 2014
PROGRAM : KURSUS PENGKATALOGAN BAHAN MULTIMEDIA BERCETAK

Staf Perpustakaan PKB telah menghadiri kursus ini. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada staf perpustakaan berkenaan dengan pengkatalogan bahan multimedia bercetak.


TARIKH : 24 JUN 2014
PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PELAJAR SMK BACHOK

Perpustakaan PKB telah menerima kunjungan daripada pelajar SMK Bachok seramai 128 orang pelajar yang diiringi oleh 3 orang guru pengiring.







TARIKH : 6 JULAI - 6 OGOS 2014
PROGRAM : PERADUAN TEKA SILANG KATA

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan teka silang kata tersebut telah disampaikan pada 16 Oktober 2014 oleh Pustakawan, Puan Noormey. Para pemenang telah menerima hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan.


Tahniah... pemenang teka silang kata 2014




TARIKH : 22 - 26 JUN 2014
PROGRAM : TAKLIMAT  PERPUSTAKAAN SESI JUN 2014
Taklimat ini disediakan khusus kepada setiap pelajar baru pada setiap semester. Antara pengisian maklumat yang diberitahu kepada pelajar-pelajar adalah mengenai penggunaan OPAC, peraturan perpustakaan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pelajar.


Menerima saguhati untuk sesi soal jawab bersama En. Azwar




TARIKH : 8 MEI 2014
PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PELAJAR SMK BERANGAN, TUMPAT
Lawatan ini disertai seramai 43 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring. Informasi tentang Perpustakaan PKB di berikan oleh Encik Azwar, Penolong Pegawai Perpustakaan


TARIKH : 20 FEBRUARI 2014
PROGRAM : BENGKEL PENCARIAN MAKLUMAT BERKUALITI DI INTERNET
Bengkel ini disediakan khusus untuk ahli Kelab Rakan Perpustakaan (KRP). Puan Kasuma Dewi telah menjadi fasilitator untuk bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada ali KRP berkaitan dengan WebOPAC, Emerald dan EbscoHost.
 Peserta kursus

TARIKH : 13 - 16 FEBRUARI 2014
PROGRAM : KRP CATUR PKB SPORTS
Satu pertandingan catur peringkat PKB telah dianjurkan oleh Perpustakaan Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama ahli Kelab Rakan Pustaka yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut bertempat di Dataran Gemilang.
Peserta catur mengatur langkah...
TARIKH : 9 FEBRUARI 2014
PROGRAM : LAWATAN DARI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
Perpustakaan PKB telah menerima lawatan kerja dari staf POLISAS yang bertujuan untuk melihat pegoperasian sistem perpustakaan KOHA Perpustakaan PKB. Lawatan ini dihadiri oleh 7 orang staf POLISAS. Puan Kasuma Dewi telah memberi penerangan mengenai pengoperasian sistem KOHA kepada staf POLISAS.
Bergambar kenangan bersama staf  POLISAS




TARIKH : 15 JANUARI 2014
PROGRAM : BENGKEL BEDEWORK
Bengkel ini disertai oleh staf PKB seramai 32 orang dan dipimpin oleh 3 orang fasilitator iaitu Puan Kasuma Dewi, Puan Noormey dan Puan Suziana.
Pn. Noormey memberi tunjuk ajar kepada peserta kurs


 
TARIKH : 9 - 11 JANUARI 2014
PROGRAM : LAWATAN KEUSAHAWANAN DAN PENANDARASAN KE KUCHING, SARAWAK
Pada 9 hingga 11 Januari 2014, satu lawatan berbentuk ilmiah iaitu Lawatan keusahawanan dan penandarasan ke Kuching, Sarawak telah diadakan dibawah anjuran Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Rombongan selama 3 hari 2 malam tersebut turut disertai oleh 17 orang ahli Kelab Rakan Pustaka (KRP) dan diiringi oleh 3 orang pegawai pengiring. 
Antara lokasi yang telah dilawati adalah Perpustakan Negeri Sarawak, Pasar Sarikin, kilang pembuatan pasu dan  kek lapis di Kuching.
Dataran Kuching, Sarawak
Bergambar kenangan bersama staf Perpustakaan Negeri Sarawak























Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2017 (April-Jun)

Latarbelakang

Sekitar 2017 (Julai - September)