Sekitar 2016 (Oktober - Disember)



PROGRAM :LIBRARY DAY
TARIKH : 14 DISEMBER  2016

Library Day  diadakan bertujuan untuk menggalakan pelajar dan staf untuk  berkunjung ke perpustakaan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah Mystery Box, Free Token, Book Hunt, Puzzle, Sudoku, Book2U, Are u the lucky one , customer servives dan banyak lagi.

 









PROGRAM :TAKLIMAT PERPUSTAKAAN
TARIKH : 27 NOVEMBER - 01 DISEMBER  2016

Taklimat perpustakaan ini adalah untuk mendedahkan pelajar bharu berkenaan kemudahan, perkhidmatan dan peraturan perpustakaan. Program ini berlangsung selama 4 hari yang mana taklimat diadakan mengikut jabatan







PROGRAM :TAYANGAN EKSA
TARIKH : 22 NOVEMBER  2016

Tayangan video EKSA telah dijalankan pada tarikh tersebut untuk mendedahkan staf berkenaan dengan amalan EKSA. 








PROGRAM :TEAM BUILDING (INDOOR GAME) LIBRARY PKB
TARIKH : 16 NOVEMBER 2016

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan warga staf perpustakaan. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan sepaajang program ini berlangsung. Antaranya ialah Lontar Bola tenis, Pose Terbaik, Congkak, Puzzle, Carilah saya dan Dart. 







PROGRAM :LAWATAN PENANDARASAN KE PERPUSTAKAAN UMT
TARIKH : 15 NOVEMBER 2016

Lawatan penanda aras ke perpustakaan UMT telah diadakan dengan tujuan untuk melihat amalan terbaik yang dipraktikan di perpustakaan UMT yang kemudiannya boleh diapplikasikan di perpustakaan politeknik, khususnya politeknik kota bharu. Lawatan ini disertai oleh 18 orang staff dan 7 orang pelajar.


Antara staf dan pelajar yang mengikuti lawatan ke UMT



PROGRAM : MYSHELF
TARIKH : 8-10 NOVEMBER 2016

Tujuan program myshelf ini diadakan adalah untuk memastikan buku-buku di rak disusun dengan betul dan kemas. Ini akan memudahkan pelajar dan staf untuk mencari buku .  Selain itu, program ini juga diadakan untuk menanam sikap tanggungjawab dalam kalangan staff sendiri.

PROGRAM :BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK PNM
TARIKH : 6-7 NOVEMBER 2016

Tujuan bengkel ini diadakan untuk mendedahkan rakyat Malaysia mengenai portal Sumber Elektronik PNM. Bengkel ini adalah dianjurkan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Politeknik Kota Bharu dan PNM. Seramai 200 orang peserta daripada kakitangan kerajaan dari pelbagai agensi termasuk staff pkb menyertai program ini.

Sesi bergambar sepanjang bengkel



PROGRAM :PENGUNJUNG BERTUAH OKTOBER
TARIKH : 1-31 OCTOBER 2016

Sepanjang bulan oktober, pengunjung bertuah mingguan telah dipilih dalam kalangan pelajar yang berkunjung ke perpustakaan PKB. Program ini juga akan terus dijalankan pada setiap bulan. Seorang pelajar akan dipilih sebagai pengunjung bertuah pada setiap minggu. Program ini diadakan untuk menarik minat para pelajar agar lebih kerap berkunjung ke perpustakaan.





PROGRAM :PEMINJAM BULAN OKTOBER
TARIKH : 1-31 OCTOBER 2016

Peminjam buku tertinggi bulan Oktober ialah Anis Nur Shafira Bt Mohd Kassim daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menggalakkkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.



PROGRAM :PEMINJAM BERTUAH OKTOBER
TARIKH : 1-31 OCTOBER 2016

Peminjam buku bertuah bulan oktober ialah Nor Alia Najihah Bt Ibrahim daripada Jabatan Perdagangan. Tahniah...diucapkan

Besarnyaa.. Hamperr!! Terbaiklah Alia

PROGRAM :MAJLIS PERPISAHAN KRP & SAMBUTAN HARI JADI
TARIKH : 19 OCTOBER 2016

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan majlis perpisahan KRP dan majlis sambutan hari jadi bagi meraikan pelajar yang akan tamat pengajian dan juga meraikan hari jadi ahli dan staf perpustakaan.  Majlis ini diadakan di bilik Ibnu Sina, perpustakaan PKB.



Pelbagai hidangan disediakan pada majlis tersebut..


PROGRAM : OPERASI DISIPLIN PERPUSTAKAAN
TARIKH : 8 OKTOBER 2016

Operasi disiplin perpustakaan telah diadakan bagi meningkatkan tahap disiplin diri dalam kalangan pelajar. Operasi tersebut dikendalikan oleh staf perpustakaan. 




Situasi ketika operasi disiplin perpustakaan





PROGRAM : GOTONG-ROYONG SUSUN ATUR MEJA KOMPUTER
TARIKH: 09 OKTOBER 2016

Pihak perpustakaan telah mengadakan gotong-royong susun atur meja komputer di dalam perpustakaan. Aktiviti gotong-royong melibatkan semua staf perpustakaan dan dibantu oleh 4 orang pelajar praktikal. Aktiviti ini diadakan bagi membuat penambahbaikan fasiliti di dalam perpustakaan.



Semua staff perpustakaan bekerjasama menyusun atur meja...





PROGRAM :BENGKEL SUMBER ELEKTRONIK PNM (AHLI KRP)
TARIKH: 06 OKTOBER 2016

Bengkel sumber elektronik PNM diadakan untuk ahli KRP. Seramai 23 orang ahli KRP telah menyertai bengkel sumber elektronik PNM yang bertempat di makmal komputer GCL 7 PKB. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar KRP mengenai bahan maklumat dalam bentuk elektronik seperti ebook, ejournal, emajalah dan sebagainya yang terdapat di portal Sumber Elektronik PNM.  Penceramah untuk bengkel tersebut ialah En. Azwar Bin Junoh.





Suasana sepanjang program.. 





PROGRAM :BENGKEL DSPACE
TARIKH: 03 OKTOBER 2016

Bengkel Dspace diadakan untuk staf perpustakaan bagi menambahkan pengetahuan staf menggunakan portal ini.. Bengkel ini disertai oleh 7 orang staf perpustakaan dan 4 orang pelajar praktikal. Penceramah ialah Pn.Kasuma Dewi Binti Said. 



Pn. Kasuma Dewi memberi penerangan kepada staf perpustakaan...

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)