Posts

Image
Sekitar : Januari Tarikh : 8.1.2026 Program :Taklimat Minggu Transformasi Siswa Politeknik Kota Bharu Sesi 2, 2025/2026   Sesi taklimat pelajar baharu  sesi dua 2025/2026 berjumlah lebih kurang 156 orang telah berlangsung dengan jayanya sebagai langkal awal memperkenalkan pelajar kepada perpustakaan. Pelajar diberi penerangan oleh Puan Masrina bt Yusuf sebagai Penolong Pustakawan. Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan lebih yakin menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Semoga pengalaman pembacaan di perpustakaan menjadi satu perjalanan yang bermakna dan berjaya.  
Image
    Sekitar (JANUARI) Tarikh: 4.1.2026 Program: Malam Apresiasi & Jasamu Di kenang (Hotel Perdana)    Malam Apresiasi & jasamu dikenang Politeknik Kota Bharu berkumpul dalam suasana cukup istimewa di Hotel Perdana dengan tema Arabian Night yang penuh warna dan keunikan. Semoga majlis ini dapat dinIkmati bersama, mengeratkan hubungan serta mencipta kenangan indah untuk kakitangan Politeknik Kota Bharu. Perpustakaan terlibat sebagai ahli jawatankuasa yang juga bertungkus lumus menyediakan kek dan memastikan hidangan kek dapat disediakan.  
Image
Sekitar (Disember) Tarikh: 9.12.2025-18.12.2025 Program: Gotong-royong EKSA dan audit EKSA GOTONG-ROYONG EKSA DAN AUDIT EKSA  Satu aktiviti gotong-royong sempena pelaksanaan AUDIT EKSA. Aktiviti ini melibatkan semua staf dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kemas, teratur dan bersih seperti dengan amalan EKSA. Kawasan kelihatan lebih kemas dang ruang yang sempit tidak tersusun telah diperbaiki. Aktiviti EKSA wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekalkan budaya kerja yang bersih dan sistematik. Semoga dapat mengekalkan budaya kerja yang berdisiplin dan berkualiti.
Image
  SEKITAR (DISEMBER) Tarikh : 30.12.2025 Program: Lawatan Pustakawan Politeknik Kota Kinabalu                              Lawatan Pustakawan Politeknik Kota Kinabalu ke perpustakaan dan galeri. S atu lawatan Pustakawan daripada Politeknik Kota Kinabalu iaitu Puan Dayang Norainie bt Awang Junaidee ke perpustakaan dan galeri. Lawatan ini supaya dapat bertukar pendapat dan pengalaman serta memperluaskan pengetahuan masing-masing.
Image
SEKITAR  (OKTOBER) Program: Jualan Gerai Kelab Rakan Pustaka Perpustakaan PKB Tarikh    : 10.10.2025-22.10.2025 Jualan Gerai Kelab Rakan Pustaka. 'Dari Dapur Terus Ke Hati' Unit perpustakaan berharap agar kehadiran gerai ini dapat memberi manfaat s erta memenuhi keperluan semua pengunjung. Semoga usaha kecil ini mendapat sambutan yang baik di masa hadapan.  
Image
SEKITAR (OKTOBER) Program: Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 Tarikh: 3.10.2025                                               Perhimpunan bulanan PKB di Dewan Jubli Perak.  Perhimpunan bulanan warga PKB, unit perpustakaan sebagai ajk pendaftaran telah dipilih untuk menguruskan sesi pendaftaran kehadiran. Terima kasih kepada semua warga ofis yang hadir. Semoga perhimpunan ini menjadi platform penyampaian maklumat serta pengukuhan kerjasama warga kerja.
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program: Jom Baca 10 Minit. Tarikh: Setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober. Program 'JOM BACA' telah diadakan diperpustakaan sepanjang bulan Oktober setiap hari Selasa pada tengah hari. Semoga program 'JOM BACA' dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dan warga PKB. Diharapkan minat membaca menjadi amalan sebagai budaya harian.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan penuh semangat.