Posts

Showing posts from 2019

Sekitar 2019 (Oktober - Disember)

Image
PROGRAM : RETREAT KECERGASAN & SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA KRP TARIKH:    24 DISEMBER 2019 Pada 24 Disember 2019 bertempat di  KB Land, Billion Kota Bharu berlangsungnya  bowling tournament dan sambutan hari lahir. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara  ahli KRP dan  staf perpustakaan.  PROGRAM :  TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI DISEMBER 2019 TARIKH:    11 DISEMBER 2019 Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Disember 2019. Taklimat  ini adalah mengenai perkhidmatan perpustakaan, kemudahan perpustakaan dan sumber maklumat elektronik kepada pelajar-pelajar baharu. PROGRAM :  BENGKEL U-PUSTAKA TARIKH:    31 OKTOBER 2019 Bengkel U-Pustaka adalah salah satu  kursus yang diberi kepada staf perpustakaan PKB. Objektif bengkel ini bertujuan memberi pengajaran secara teori dan praktikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik

Sekitar 2019 (Julai -September)

Image
PROGRAM :   TEAM BUILDING BUKIT GUA KAMBING, PULAI CHONDONG. TARIKH :   21 OGOS 2019 Staf perpustakaan bersama ahli Kelab Rakan Pustaka telah menyahut seruan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mendaki Bukit  Gua Kambing yang terletak berhampiran pekan Pulai Chondong. Walaupun pendakian ini agak mencabar dan memerlukan  PROGRAM :   KUIZ LITERASI MAKLUMAT 2019 TARIKH :   21 JULAI - 01 OGOS 2019 Kuiz literasi maklumat  dapat menguji kebolehan para pelajar PKB mencari maklumat secara aktif di perpustakaan. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah...kepada para pemenang Kuiz Literasi Maklumat 2019 PROGRAM :   PAMERAN KEMERDEKAAN 2019 TARIKH :   SEPANJANG BULAN OGOS Bagi memperingati hari penuh bersejarah negara, Unit Perpustakaan PKB turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan lagi semangat warga PKB dengan  suasana kemerdekaan melalui penganjuran Pameran Kemerdekaan. Koleksi buku t

Sekitar 2019 (April - Jun)

Image
PROGRAM : SEMINAR IHYA RAMADHAN & ETIKA KERJA DARI SUDUT PERSPEKTIF ISLAM TARIKH : 21 MEI 2019 Sempena bulan ramadhan yang mulia,Unit Perpustakaan PKB dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah menganjurkan seminar kepada staf Politeknik Kota Bharu. Adalah diharapkan para peserta yang mengikuti seminar ini akan membentuk sahsiah murni dan beramanah dalam tugas harian sesuai dengan tuntutan agama. PROGRAM : LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES TARIKH : 23 APRIL 2019 Unit perpustakaan selaku pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta program dan warga PKB yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini. Program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga PKB. PROGRAM : LAWATAN KERJA DARIPADA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS), NILAM PURI. TARIKH : 22 APRIL 2019 Unit perpustakaan PKB turut

Sekitar 2019 (Jan - Mac)

Image
PROGRAM : LAWATAN PELAJAR SMK KAMIL, PASIR PUTEH KELANTAN TARIKH : 26 FEBRUARI 2019 Perpustakaan PKB telah menerima kunjungan dari SMK Kamil Pasir Puteh seramai 60 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Pelajar dibawa melawat sekitar perpustakaan PKB.         PROGRAM : PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KONVOKESYEN PKB KE-32 ANJURAN JSKK BERSAMA PERSATUAN ALUMNI DAN PERPUSTAKAAN PKB TARIKH : 11-14 MAC 2019                                                                                                                               Pertandingan mewarna yang berlangsung selama empat hari mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang ke majlis konvokesyen PKB. Peserta daripada Tadika Cilik Pintar dan PASTI ELIT Little Huffaz, Kok Lanas turut serta memeriahkan aktiviti ini.