SEKITAR : OGOS - SEPTEMBER PROGRAM : AKTIVITI/PROGRAM BULAN MERDEKA & HARI MALAYSIA T ARIKH : 1 OGOS - 15 SEPTEMBER 2026 Program sempena Bulan Kemerdekaan 2026 telah dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan penglibatan pelajar Politeknik Kota Bharu dalam aktiviti berteraskan kemerdekaan. Kuiz kemerdekaan Online (9-13 Ogos 2026), Pertandingan Dam & Karom Patriotik (12 Ogos 2026), Sayangi Malaysiaku Explorace (8 September 2026), Bengkel AI (9 September 2026) dan Podcast Merdeka (15 September 2026). Ada aktiviti dijalankan di dalam dan luar kawasan perpustakaan melalui beberapa tugasan menarik yang menguji pengetahuan, kerjasama dan semangat berpasukan. Semua program turut menyediakan hadiah kepada para pemenang serta sijil penyertaan secara digital sebagai penghargaan atas penglibatan peserta dalam menjayakan program tersebut.