Posts

Showing posts from 2022

Sekitar 2022 (Julai- September)

Image
PROGRAM  :     LIB'S GAMES CORNER DAN BILIK ASPIRASI   TARIKH:   SEPTEMBER Perpustakaan PKB kini menambah kemudahan dengan menyediakan Lib's Games Corner.  Pengguna boleh merehatkan minda dengan aktiviti permainan  seperti sahibba, carrom, dart, catur, puzzle dan congkak. Manakala Bilik Aspirasi pula disediakan untuk pengguna yang berminat dengan alatan muzik seperti gitar. Lib's Games Corner Bilik Aspirasi PROGRAM  :    TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DAN SUMBER ELEKTRONIK   TARIKH:   26-27 SEPTEMBER 2022 Taklimat perpustakaan telah diadakan untuk pelajar semester 1 bagi semua jabatan. Tujuan taklimat  adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan dan sumber elektronik di Perpustakaan PKB. Suasana taklimat di Dewan Al-Ghazali PROGRAM  :    LAWATAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN KELANTANKU BERSIH 2022  TARIKH:   29 OGOS 2022 Perpustakaan PKB telah menerima lawatan panel penilai daripada SUK Negeri Kelantan bagi Pertandingan Kelantanku Bersih 2

Sekitar 2022 (April - Jun)

Image
PROGRAM : MENERIMA   LAWATAN DARIPADA SMK PUTERI SAADONG TARIKH:   26 JUN 2022 Unit perpustakaan telah menerima lawatan daripada pelajar SMK Puteri Saadong seramai 30 orang. Para pelajar dapat melihat perkhidmatan dan k oleksi bahan yang ada di Perpustakaan PKB.  Semoga lawatan sambil belajar ini dapat menyemai budaya suka membaca dan  melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Pelajar SMK Puteri Saadong PROGRAM :  LAWATAN BENCHMARKING DARIPADA POLITEKNIK JELI TARIKH:   26 JUN 2022 Pada 26 Jun 2022 unit perpustakaan menerima lawatan kerja daripada Politeknik Jeli. Penolong Pegawai Perpustakaan iaitu Puan Masrina Binti Yusuf memberi penerangan ringkas mengenai Galeri PKB kepada pelawat. Suasana lawatan PROGRAM :  LAWATAN BENCHMARKING EKSA DARIPADA KV DAN SMT ZON TENGAH  TARIKH:   16 JUN 2022 Unit Perpustakaan PKB menerima lawatan benchmarking EKSA daripada Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Zon Tengah. Pengarah dan tenaga pengajar dibawa me

Sekitar 2022 (Jan - Mac)

Image
PROGRAM :   LAWATAN BENCHMARKING EKSA DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA TARIKH:   30 MAC 2022 Pada 30 Mac 2022, Unit Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Para pegawai dibawa melawat sambil diberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di unit perpustakaan. PROGRAM :   HEBAHAN: WACANA MANUSKRIP MELAYU & MAJLIS PELANCARAN BUKU TARIKH:   24 MAC 2022 “Apa tanda batang tebu, Batang tebu halus uratnya, Apa tanda orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya” Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.1/2022 yang akan merungkai metode tradisi keilmuan Islam alam Melayu, adab, nasihat dan petua dalam menuntut ilmu bersama YBrs. Prof. Dr. Muhammad Mustaqim dan YBrs. Dr. Mohd Anuar dari Universiti Sains Islam Malaysia, pada: Tarikh : 24 Mac 2022 (Khamis) Masa : 10:00 pagi – 1:00 tengah hari Tempat : Aras 10, Menara PNM @ secara langsung di saluran YouTube PNM TV Channel ( https://