Posts

Showing posts from January, 2022

Sekitar 2022 (Jan - Mac)

Image
PROGRAM :   LAWATAN BENCHMARKING EKSA DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA TARIKH:   30 MAC 2022 Pada 30 Mac 2022, Unit Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan benchmarking Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kolej Vokasional Pengkalan Chepa. Para pegawai dibawa melawat sambil diberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan EKSA di unit perpustakaan. PROGRAM :   HEBAHAN: WACANA MANUSKRIP MELAYU & MAJLIS PELANCARAN BUKU TARIKH:   24 MAC 2022 “Apa tanda batang tebu, Batang tebu halus uratnya, Apa tanda orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya” Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.1/2022 yang akan merungkai metode tradisi keilmuan Islam alam Melayu, adab, nasihat dan petua dalam menuntut ilmu bersama YBrs. Prof. Dr. Muhammad Mustaqim dan YBrs. Dr. Mohd Anuar dari Universiti Sains Islam Malaysia, pada: Tarikh : 24 Mac 2022 (Khamis) Masa : 10:00 pagi – 1:00 tengah hari Tempat : Aras 10, Menara PNM @ secara langsung di saluran YouTube PNM TV Channel ( https://