Sekitar 2017 (Julai - September)
PROGRAM : BENGKEL KEUSAHAWANAN MEMBUAT ROTI TARIKH : 30 SEPTEMBER 2017 Pada 30 September 2017, Unit Perpustakaan telah menganjurkan Bengkel Keusahawan Membuat Roti yang bertempat di G'Cafe Politeknik Kota Bharu. Tujuan diadakan bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Rakan Pustaka dan staf perpustakaan tentang cara dan teknik asas membuat pelbagai roti. Bengkel ini mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada Puan Norarsikin Bt Mat Dahan dan Cik Nor Nadhirah Bt Mohd Fariq yang mempunyai pengalaman dalam pembelajaran membuat roti. Suasana semasa bengkel dijalankan.. PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN DARI KOLEJ KOMUNITI BESUT TARIKH : 28 OGOS 2017 Pihak perpustakaan telah menerima lawatan kerja dari 3 orang staf Kolej Komuniti Besut yang bertujuan untuk melihat pengoperasian sistem Perpustakaan PKB. PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN TARIKH : BULAN OGOS Sempena menyambu