Sekitar 2024 (Oktober -Disember)

PROGRAM : BENGKEL KECERGASAN: SUKAN TEN PIN BOWLING TARIKH : 16 DISEMBER 2024 Unit Perpustakaan PKB dengan kerjasama Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan PKB telah menganjurkan program Bengkel Kecergasan: Sukan Ten Pin Bowling yang bertempat di Lite Superbowl Jb 7, Mydin Mall Tunjong, Kelantan dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kerjasama dan komunikasi berkesan antara staf perpustakaan dan pelajar intern. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat π³π³ Program Sukan Ten Pin Bowling 2024 π³ π³π³ PROGRAM : LET'S CHAT MANDARIN TARIKH : 14 OKTOBER 2024 Program Let's Chat Mandarin adalah salah satu aktiviti galakan membaca anjuran Perpustakaan PKB. Program ini berjaya menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Mandarin dan menyertai kuiz seperti Animal Match Up Game dan Pop Quiz Game. Tahniah kepada semua peserta yang menjayakan program ini πππ Program Let's Chat Mandarin 2024