Posts

Showing posts from August, 2025
Image
SEKITAR (OGOS)   Program : Pertandingan karom kemerdekaan siri (1) (Sekitar Ogos) Tarikh: 12.8.2025                                        Pertandingan karom merdeka 2025 di perpustakaan PKB Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, satu pertandingan karom merdeka siri (1) telah  diadakan.Pertandingan disertai oleh pelbagai peringkat umur dan kaum. Semoga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan   memupuk semangat kesukanan dan kerjasama. Tahniah kepada pemenang.
Image
SEKITAR (OGOS) Program: Selamat menyambut hari puspanita 2025  Tarikh : 11.8.2025                                        HARI PUSPANITA DI PERPUSTAKAAN  PKB 2025       Selamat menyambut Hari Puspanita kepada semua ahli yang diraikan. Hari sambutan diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan congkak, membuat kimbap,menghias pulut kuning dan lain-lain. Semoga menjadi wadah untuk kita memperkasakan peranan wanita, serta terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.   Program : Cinematheraphy. Jelajah emosi melalui filem. (Sekitar Ogos) Tarikh: 11.8.2025.              Tayangan filem pendek Kerambit di bilik Ibnu Sina pada pukul 2.30 petang-3.30 petang. Sempena bulan kemerdekaan perpustakaan PKB telah menganjurkan tayangan filem pendek Kerambit dan  kuiz interaktif kahoot. Penyertaa...
Image
SEKITAR (OGOS)  Program: Warna-warni pelajar  baru semester satu ke Perpustakaan  PKB. Tarikh: 4 Ogos 2025                                                        Warna-warni Perpustakaan PKB     Hari pertama pelajar baru daripada semester satu telah berkunjung ke Perpustakaan PKB selepas Puan Noor Alia memberikan taklimat mengenai kemudahan di Perpustakaan. Semoga dapat memberi pengalaman yang sangat berharga kepada pelajar untuk terus menimba ilmu sepanjang pengajian di Politeknik Kota Bharu.
Image
SEKITAR (OGOS)  Program: Taklimat Perpustakaan Di Dewan Jubli Perak.  Tarikh : Sekitar Ogos                                Taklimat perpustakaan untuk pelajar baru semester satu sesi 2025  Satu taklimat sempena orientasi pelajar semester satu 2025 telah diadakan di Dewan Jubli Perak. Taklimat telah disampaikan oleh Pustakawan Puan Noor Alia bt. Mohamad Hassan. Tujuan taklimat diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar baharu mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan, koleksi baru serta cara mengakses buku di Perpustakaan PKB. Satu pertandingan menjawab kuiz juga telah dibuat. Tahniah kepada semua pemenang kuiz taklimat perpustakaan.
Image
SEKITAR ( OGOS) Program: Majlis perpisahan pelajar praktikal 2025 Tarikh : 3.8.2025    S atu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan para pelajar praktikal yang telah berjaya menamatkan tempoh latihan di Perpustakaan.  Warga Unit Perpustakaan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kepada mereka semua didalam segala lapangan kerja yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.
Image
SEKITAR (JULAI)  Program:  Gotong Royong Bilik Pustakawan Di Aras Satu   Tarikh: 20.7.25                                                    Gotong Royong Bilik Bos Yaa Aktiviti gotong royong membersihkan dan menceriakan bilik Pustakawan bos yaa di aras satu telah diadakan. Bilik Pustakawan sebelum ini di aras bawah perpustakaan kemudian berpindah ke aras satu perpustakaan. Semoga kerjasama ini mewujudkan persekitaran tempat kerja kondusif kepada semua pengguna perpustakaan.
Image
            SEKITAR (OGOS)              Program: Gotong-royong Perpustakaan PKB 2025           Tarikh: Sekitar Ogos k Gotong-royong sudut patriotisme untuk bulan kemerdekaan Program gotong-royong untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan dengan jayanya telah  berjaya dilaksanakan. Kerjasama yang ditunjukkan jelas mencerminkan semangat merdeka bagi memupuk minat pelajar dan kakitangan Politeknik  demi keceriaan perpustakaan.
Image
       Program: Gotong royong aras satu Perpustakaan PKB 2025        Tarikh: Julai-Ogos                                                Gotong-royong aras satu perpustakaan        Program gotong royong di aras satu perpustakaan melibatkan pelbagai aktiviti seperti                                membersihkan kawasan,memasang langsir,dan mengalihkan perabot perpustakaan ke tempat lain           untuk menceriakan persekitaran.
Image
        Program: Berjalan santai, senaman aerobik dan pembawa dulang hadiah untuk majlis dulang girl         Tarikh: Julai-Ogos 2025                                                     Program berjalan santai, senaman aerobik dan pembawa dulang hadiah           Pengarah Politeknik Kota Bharu TS.Mohd Hisham Bin Makhtar menggalakkan gaya hidup sihat             dalam kalangan warga Politeknik Kota Bharu. Program ini melibatkan aktiviti berjalan kaki secara     santai dan berkumpulan di sekitar kawasan Politeknik atau tempat lain yang sesuai. Senaman aerobik    pula diadakan di Dewan Jubli Perak khas untuk kakitangan wanita sahaja.  Manakala kakitangan    perpustakaan juga terlibat sebagai  pemb...