Posts

Showing posts from October, 2025
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program: Jom Baca 10 Minit. Tarikh: Setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober. Program 'JOM BACA' telah diadakan diperpustakaan sepanjang bulan Oktober setiap hari Selasa pada tengah hari. Semoga program 'JOM BACA' dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dan warga PKB. Diharapkan minat membaca menjadi amalan sebagai budaya harian.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan penuh semangat.
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program:  Audit MS ISO 9001:2015 (Tahun 2025) Tarikh: 13.10.2025    Satu audit MS ISO 9001:2015 (2025) telah dilaksanakan bagi memastikan segala aktiviti berada pada tahap terbaik.  Ia turut menilai aspek pengurusan bahan, kemudahan, keselamatan dan lain-lain. Proses ini membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan perpustakaan dalam memberikan perkhidmata yang terbaik untuk pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Bharu.
Image
SEKITAR (OKTOBER) Program : Audit Akreditasi Diploma Ukur Bahan Tarikh : 9.10.2025  Audit akreditasi telah dijalankan pada 9.10.25. Secara keseluruhan, audit menunjukkan tahap pelaksanaan yang baik mengikut keperluan semasa. Audit menunjukkan tahap pematuhan yang memuaskan dengan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti koleksi perpustakaan.   
Image
SEKITAR (OKTOBER)   Program: Gerai Perpustakaan Kelab Rakan Pustaka Tarikh: 9.10.2025 (Sekitar Oktober)   Melalui gerai ini, kami daripada Unit Perpustakaan bukan sahaja ingin menyemai semangat membaca tetapi ingin menyokong pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PKB atau pihak luar. Melalui jualan yang dijalankan, Unit Perpustakaan berusaha memupuk semangat keusahawanan,kerjasama didalam kalangan staf Perpustakaan. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada seluruh pelajar dan staf PKB.
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program :  Lawatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panggung Jaya. Tarikh : 1.10.2025  Unit Perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Panggung Jaya kerana sudi berkunjung ke Perpustakaan . Semoga lawatan ini dapat mendedahkan para pelajar kepentingan Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan dapat menyemai minat membaca dan menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
Image
SEKITAR (SEPTEMBER) Program : Audit Keselamatan Perpustakaan PKB 2025 Tarikh :   24.9.2025   Satu pemeriksaan Audit Keselamatan telah dijalankan di perpustakaan. Ianya pemeriksaan sistematik terhadap kawasan kerja bagi memastikan mematuhi piawaian. Tahniah perpustakaan kerana  tiada sebarang aduan atau ketidakpatuhan direkodkan.