Posts

Showing posts from January, 2026
Image
  SEKITAR (FEBRUARI)   PROGRAM : KELAB RAKAN PUSTAKA TARIKH : 20.1.2026 M esyuarat Kelab Rakan Pustaka telah diadakan di bilik seminar 2 perpustakaan.Satu sesi pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa baharu telah diadakan. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pustakawan Puan Alia. Kehadiran ahli baharu seramai 26 orang. Semoga dengan ahli baharu Kelab Rakan Pustaka dapat memperkukuh pengurusan kelab.
Image
  SEKITAR (JANUARI 2026)   PROGRAM : LAWATAN JAWATANKUASA FIRA  TARIKH : 19.1.2026 S atu jawatankuasa FIRA telah mengadakan lawatan ke perpustakaan. Para peserta diberi penerangan mengenai kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Lawatan i ni juga memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk memahami  peranan perpustakaan sebagai pusat sokongan pembelajaran dan penyelidikan. Diharap lawatan ini sebagai sumber rujukan utama dalam menyokong aktiviti dan projek robotik pada masa akan datang.
Image
Sekitar (Januari) Tarikh : 8.1.2026 Program :Taklimat Minggu Transformasi Siswa Politeknik Kota Bharu Sesi 2, 2025/2026   Sesi taklimat pelajar baharu  sesi dua 2025/2026 berjumlah lebih kurang 156 orang telah berlangsung dengan jayanya sebagai langkal awal memperkenalkan pelajar kepada perpustakaan. Pelajar diberi penerangan oleh Puan Masrina bt Yusuf sebagai Penolong Pustakawan. Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan lebih yakin menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Semoga pengalaman pembacaan di perpustakaan menjadi satu perjalanan yang bermakna dan berjaya.  
Image
    Sekitar (JANUARI) Tarikh: 4.1.2026 Program: Malam Apresiasi & Jasamu Di kenang (Hotel Perdana)    Malam Apresiasi & jasamu dikenang Politeknik Kota Bharu berkumpul dalam suasana cukup istimewa di Hotel Perdana dengan tema Arabian Night yang penuh warna dan keunikan. Semoga majlis ini dapat dinIkmati bersama, mengeratkan hubungan serta mencipta kenangan indah untuk kakitangan Politeknik Kota Bharu. Perpustakaan terlibat sebagai ahli jawatankuasa yang juga bertungkus lumus menyediakan kek dan memastikan hidangan kek dapat disediakan.