Posts

Showing posts from May, 2026
Image
 SEKITAR : MEI PROGRAM : LAWATAN PENJURIAN PENARAFAN BINTANG DARIPADA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA. TARIKH : 7 MEI 2026 Pihak perpustakaan amat berbesar hati menerima lawatan penarafan bintang daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Penilaian ini telah dihadiri oleh tiga orang juri iaitu Puan Siti Manoriah bt Saleh (Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan). Puan Zalina bt Abdul Rahim (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Insan) dan Puan Siti Suzani bt Mohamed Taib (Timbalan Pengarah Kanan Pembinaan Koleksi). Ini sebagai usaha menilai tahap perkhidmatan, pengurusan serta kemudahan perpustakaan. Sesi penilaian perpustakaan telah berlangsung dengan lancar. Keputusan rasmi penarafan bintang akan dimaklumkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia kelak.
Image
 SEKITAR: APRIL PROGRAM : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT  TARIKH: 23 APRIL 2026 Program Jom Baca Bersama 10 minit telah diadakan pada 23 April 2026 di Perpustakaan. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada staf dan pelajar.  Jumlah penyertaan seramai 178 orang. Program ini diadakan bagi menggalakkan staf dan pelajar membudayakan amalan membaca dalam kehidupan harian walaupun hanya meluangkan masa selama 10 minit. Selain dapat menambah ilmu, aktiviti ini mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. Diharapkan program seperti ini diteruskan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.