Sekitar 2019 (April - Jun)



PROGRAM : SEMINAR IHYA RAMADHAN & ETIKA KERJA DARI SUDUT PERSPEKTIF ISLAM
TARIKH : 21 MEI 2019

Sempena bulan ramadhan yang mulia,Unit Perpustakaan PKB dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah menganjurkan seminar kepada staf Politeknik Kota Bharu. Adalah diharapkan para peserta yang mengikuti seminar ini akan membentuk sahsiah murni dan beramanah dalam tugas harian sesuai dengan tuntutan agama.










PROGRAM : LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES
TARIKH : 23 APRIL 2019

Unit perpustakaan selaku pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta program dan warga PKB yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini. Program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga PKB.












PROGRAM : LAWATAN KERJA DARIPADA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS), NILAM PURI.
TARIKH : 22 APRIL 2019

Unit perpustakaan PKB turut menerima kunjungan daripada staf KIAS seramai 5 orang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk menambahkan pengentahuan, mendapatkan informasi dan melihat kaedah pencarian maklumat yang digunakan di Perpustakaan Politeknik Kota Bharu.








PROGRAM : LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA KOLEJ POLY-TECH MARA KEMAMAN
TARIKH : 18 APRIL 2019

Unit Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan daripada staf Kolej Poly-Tech Mara Kemaman . Tujuan lawatan  untuk mendapatkan informasi dan  melihat kaedah pencarian maklumat di dalam Perpustakaan Politeknik Kota Bharu.
 









PROGRAM : SAMBUTAN MAJLIS HARI LAHIR  STAF DAN AHLI KRP
TARIKH :07 APRIL 2019

Majlis sambutan ini diadakan khusus untuk meraikan staf perpustakaan dan ahli kelab yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Sambutan sebegini akan menjalinkan lagi ukhuwah dan kecerian dalam Kelab Rakan Pustaka.
















PROGRAM : YASSIN HOUR 
TARIKH :04 APRIL 2019


Program yang bermula pada 10.00 pagi hingga 11.00 pagi  melibatkan penyertaan pelajar dari 36 buah Politeknik dan 99 buah Kolej Komuniti ini dikumpulkan bagi pembacaan surah Yassin secara serentak di seluruh negara dan seterusnya diiktiraf dalam The Malaysia Boof of Records (MBOR).
Politeknik Kota Bharu turut  mengikuti program bacaan Yassin ini dan salah satu tempat yang terpilih ialah perpustakaan PKB dan kami ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya. Program ‘Yassin Hour’ dapat memupuk semangat dan mewujudkan suasana kerjasama antara pelajar dan staf PKB.





Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)