Sekitar 2019 (Julai -September)



PROGRAM : TEAM BUILDING BUKIT GUA KAMBING, PULAI CHONDONG.
TARIKH : 21 OGOS 2019


Staf perpustakaan bersama ahli Kelab Rakan Pustaka telah menyahut seruan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mendaki Bukit  Gua Kambing yang terletak berhampiran pekan Pulai Chondong. Walaupun pendakian ini agak mencabar dan memerlukan 







PROGRAM : KUIZ LITERASI MAKLUMAT 2019
TARIKH : 21 JULAI - 01 OGOS 2019

Kuiz literasi maklumat  dapat menguji kebolehan para pelajar PKB mencari maklumat secara aktif di perpustakaan. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.


Tahniah...kepada para pemenang Kuiz Literasi Maklumat 2019






PROGRAM : PAMERAN KEMERDEKAAN 2019
TARIKH : SEPANJANG BULAN OGOS

Bagi memperingati hari penuh bersejarah negara, Unit Perpustakaan PKB turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan lagi semangat warga PKB dengan  suasana kemerdekaan melalui penganjuran Pameran Kemerdekaan. Koleksi buku tokoh-tokoh kemerdekaan dipamerkan untuk mendorong kita  mengenang kembali perjuangan wira-wira bangsa ini demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia bagi tahun 2019 ialah "Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih".



 Pelajar praktikal sedang sibuk menghias sudut pameran ...






PROGRAM : LAWATAN KEUSAHAWANAN
TARIKH : 05 OGOS 2019

Staf perpustakaan bersama ahli Kelab Rakan Pustaka telah mengadakan lawatan keusahawanan ke Perusahaan Serunding & Dodol Wan Sabariah dan juga  Inani Craft & Design, Pasir Mas Kelantan. Sepanjang lawatan ini, para pelajar telah diberi taklimat ringkas tentang operasi kilang, dibawa melawat  dengan lebih dekat cara pengoperasian dan diberi tips untuk menjadi usahawan yang berjaya.








PROGRAM : GOTONG ROYONG EKSA
TARIKH : 03 JULAI 2019

Gotong Royong Mega Eksa (Amalan Kondusif Sektor Awam) dijalankan agar persekitaran kerja yang bersih, kemas dan kondusif dapat dihasilkan. Gotong royong ini tertumpu kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.

 

 


PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN JUN 2019
TARIKH : 1- 2 JULAI 2019

Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi Jun 2019. Taklimat  ini  bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar baru mengenai perkhidmatan perpustakaan, kemudahan perpustakaan dan juga aktiviti sepanjang tahun anjuran Kelab Rakan Pustaka. 

 


Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)