Sekitar 2019 (Oktober - Disember)

PROGRAM : RETREAT KECERGASAN & SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA KRP
TARIKH:   24 DISEMBER 2019

Pada 24 Disember 2019 bertempat di  KB Land, Billion Kota Bharu berlangsungnya  bowling tournament dan sambutan hari lahir. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim antara  ahli KRP dan  staf perpustakaan. 







PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI DISEMBER 2019
TARIKH:   11 DISEMBER 2019

Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi  Disember 2019. Taklimat  ini adalah mengenai perkhidmatan perpustakaan, kemudahan perpustakaan dan sumber maklumat elektronik kepada pelajar-pelajar baharu.









PROGRAM : BENGKEL U-PUSTAKA
TARIKH:   31 OKTOBER 2019


Bengkel U-Pustaka adalah salah satu  kursus yang diberi kepada staf perpustakaan PKB. Objektif bengkel ini bertujuan memberi pengajaran secara teori dan praktikal dalam satu kebolehan untuk mengases, menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber elektronik. Di samping itu, bengkel ini memberi pendedahan tentang pengkalan data Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara percuma dengan mendaftar masuk ke laman sesawang U-Pustaka.


En. Mohd Azwar Bin Junoh memberi tunjuk ajar kepada staf perpustakaan






PROGRAM : LIBRARY WEEK
TARIKH:   06-09 OKTOBER 2019

Pada 06-09 Oktober 2019, telah berlangsung program 'Library Week'  di Perpustakaan PKB. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya ialah Taklimat e-Resources, Explorace, Treasure hunt, Peel it, Toothpicks game dan banyak lagi. Aktiviti ini terbuka kepada pelajar  PKB yang mengunjungi perpustakaan. Bagi menceriakan lagi suasana program, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program Library Week






PROGRAM : BOOKS4U
TARIKH : 02 OKTOBER 2019

Program Books4U  bertujuan untuk menggalakkan  warga PKB meminjam buku-buku  yang terdapat di  Perpustakaan PKB. Aktiviti yang dijalankan adalah  Let's Borrow Books, Answer The Quiz &  Get a Special Gift. Program ini mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan  dari pelajar dan  staf PKB.







Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)