Sekitar 2022 (April - Jun)

PROGRAM : MENERIMA LAWATAN DARIPADA SMK PUTERI SAADONG

TARIKH:  26 JUN 2022

Unit perpustakaan telah menerima lawatan daripada pelajar SMK Puteri Saadong seramai 30 orang. Para pelajar dapat melihat perkhidmatan dan koleksi bahan yang ada di Perpustakaan PKB. Semoga lawatan sambil belajar ini dapat menyemai budaya suka membaca dan melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan.


Pelajar SMK Puteri Saadong



















PROGRAM : LAWATAN BENCHMARKING DARIPADA POLITEKNIK JELI

TARIKH:  26 JUN 2022

Pada 26 Jun 2022 unit perpustakaan menerima lawatan kerja daripada Politeknik Jeli. Penolong Pegawai Perpustakaan iaitu Puan Masrina Binti Yusuf memberi penerangan ringkas mengenai Galeri PKB kepada pelawat.


Suasana lawatan




















PROGRAM : LAWATAN BENCHMARKING EKSA DARIPADA KV DAN SMT ZON TENGAH 

TARIKH:  16 JUN 2022

Unit Perpustakaan PKB menerima lawatan benchmarking EKSA daripada Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Zon Tengah. Pengarah dan tenaga pengajar dibawa melawat untuk melihat perlaksanaan EKSA yang dijalankan di perpustakaan. Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA.


Suasana lawatan di Unit Perpustakaan PKB













PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PKB 2022

TARIKH:  22 MEI 2022

Pada 22 Mei 2022 majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Politeknik Kota Bharu diadakan di Dataran Gemilang PKB. Majlis dimeriahkan dengan Pertandingan Rumah Raya Terbaik, Baju Raya Tercantik dan Menganyam Ketupat.

Rumah Raya Terbaik dan Menganyam Ketupat dimenangi oleh Rumah Raya No. 9 terdiri daripada unit Perpustakaan, UPSG, UJKD, UPAS, USTM, UPPsi, UKK dan UIDM.

Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keceriaan. Semoga bertambah lagi jalinan mesra dan ukhuwah di antara staf PKB.


Suasana majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PKB 2022























PROGRAM : HEBAHAN BAHAN  EBOOK FROM IEEE & EMERALD

TARIKH:  APRIL - JUN 2022

NAK CARI BAHAN EBOOK VIA IEEE...?

POLYTECHNIC_LIBRARY - SUMBER DIGITAL (google.com)


























PROGRAM : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH:  21 APRIL 2022

Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap tahun Unit Perpustakaan PKB tidak melepaskan peluang dalam bersama-sama menyertai program ini. Sambutan pada tahun ini bertemakan "Bangkit Baca dan Bersyukur".

Tahniah kepada warga PKB yang menyahut cabaran ini. Semoga langkah awal program ini dijadikan amalan berterusan.


Terima kasih di atas perkongsian ulasan buku oleh warga PKB



 Antara perkongsian gambar para peserta Jom Baca Bersama 10 Minit
















PROGRAM : HEBAHAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN PKB

TARIKH:  APRIL 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Unit Perpustakaan PKB akan menganjurkan Program berikut:
Nama Program: Jom Baca Bersama Selama 10 Minit
Tarikh: 21 April 2022 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi - 11.10 pagi
Pautan Penyertaan: https://bit.ly/3vznNfb
Rekodkan aktiviti membaca & muatnaik gambar membaca di pautan yang disediakan.
Sijil disediakan untuk setiap peserta
Jom Ramai-Ramai, Baca Bersama
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya
*Unit Perpustakaan PKB
Politeknik Kota Bharu

 















 PROGRAM :  ANUGERAH TANDAS TERBAIK ZON KEMPAS

TARIKH:  4 APRIL 2022

Pada 22 Mac 2022, Audit Dalaman EKSA PKB Bil 1/2022 telah dijalankan setelah memberi masa kepada semua zon untuk pelaksanaan EKSA. Setelah diaudit, Unit Perpustakaan PKB telah mendapat Anugerah Tandas Terbaik.


Anugerah Tandas Terbaik , Zon Kempas💜😍😍















Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)