Sekitar 2022 (Julai- September)

PROGRAM   LIB'S GAMES CORNER DAN BILIK ASPIRASI  

TARIKH:  SEPTEMBER

Perpustakaan PKB kini menambah kemudahan dengan menyediakan Lib's Games Corner.  Pengguna boleh merehatkan minda dengan aktiviti permainan  seperti sahibba, carrom, dart, catur, puzzle dan congkak. Manakala Bilik Aspirasi pula disediakan untuk pengguna yang berminat dengan alatan muzik seperti gitar.


Lib's Games Corner



Bilik Aspirasi












PROGRAM  TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DAN SUMBER ELEKTRONIK  

TARIKH:  26-27 SEPTEMBER 2022

Taklimat perpustakaan telah diadakan untuk pelajar semester 1 bagi semua jabatan. Tujuan taklimat  adalah untuk memberi pengenalan kepada pelajar mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan dan sumber elektronik di Perpustakaan PKB.

Suasana taklimat di Dewan Al-Ghazali












PROGRAM  LAWATAN PANEL PENILAI PERTANDINGAN KELANTANKU BERSIH 2022 

TARIKH:  29 OGOS 2022

Perpustakaan PKB telah menerima lawatan panel penilai daripada SUK Negeri Kelantan bagi Pertandingan Kelantanku Bersih 2022 bagi kategori IPT Terbersih. Lawatan ini untuk menilai kebersihan dan keceriaan persekitaran IPT. 


Gambar lawatan panel












PROGRAM  PAMERAN KEMERDEKAAN

TARIKH:  OGOS - SEPTEMBER 2022

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2022 ialah bertemakan ‘Keluarga  Malaysia  Teguh  Bersama’.

Perpustakaan PKB tidak ketinggalan dalam menyemarakkan lagi semangat warga kampus dengan suasana sambutan kemerdekaan

Pengguna perpustakaan berpeluang membaca buku-buku mengenai sejarah kemerdekaan dan tokoh pejuang tanah melayu di sudut mini pameran kemerdekaan. 







Salam Kemerdekaan...💕💕💕






Gotong royong menyiapkan mini pameran kemerdekaan





















PROGRAMHEBAHAN: SISTEM DEPOSITORI PNM

TARIKH OGOS 2022

NAK TERBIT BUKU? JOM AKSES SISTEM DEPOSITORI PNM

Sistem Depositori merupakan satu sistem yang dibangunkan bertujuan meningkatkan perkhidmatan kepada penerbit khususnya bagi serahan bahan digital secara dalam talian seperti yang disyaratkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Sistem ini berupaya menerima dan menyimpan bahan perpustakaan dalam pelbagai format digital yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan kandungan bahan dan hak cipta digital (Digital Right Management).

Sistem ini juga dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan Perkhidmatan Kepada Penerbit secara dalam talian yang meliputi modul Pendaftaran Penerbit, Permohonan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PdP).

Panduan Penerbit Sistem Depositori PNM yang boleh diakses terus di laman sesawang https://depositori.pnm.gov.my/





























PROGRAM : HEBAHAN:  EKSPLORASI DIGITAL @ u-PUSTAKA 2022: SAGE KNOWLEDGE INFO HUNT

TARIKH:  JULAI 2022





EKSPLORASI DIGITAL @ u-PUSTAKA 2022: SAGE KNOWLEDGE INFO HUNT

Semua ahli berdaftar u-Pustaka dijemput menyertai program ini.
Penyertaan bermula pada:

🗓️ 15 Julai hingga 15 Ogos 2022

Sila imbas QR Code INFO HUNT di poster
ATAU
Klik pautan di bawah👇🏻
http://bit.ly/skpnm2022

Jom, segera daftar keahlian u-Pustaka dan sertai SAGE KNOWLEDGE INFO HUNT 2022

Hadiah WOW! SUPER MENARIK menanti anda. Pastikan anda tidak ketinggalan.








Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)