Sekitar 2023 (Julai- September)

PROGRAM: LIBRARY WEEK

TARIKH: 05-20 SEPTEMBER 2023


💗Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang memeriahkan program Library Week💗























PROGRAM: HEBAHAN : WEBOPAC PERPUSTAKAAN PKB

TARIKH:  SEPTEMBER 2023

Selamat datang ke WebOPAC Perpustakaan PKB
Nak cari buku di Perpustakaan PKB dan ebook berkaitan ??
Jom klik di sini :
http://lib.pkb.edu.my/
*Klik link menu Online Resources untuk akses ebook jabatan, repositori perpustakaan (Dspace), koleksi digital perpustakaan (ebook sumber percuma) dan ebook politeknik2 atau menggunakan pautan pantas (Quick Links) untuk akses carian ebooks percuma lain yang berkaitan.
#politeknikkotabharu
#jombacabuku



















PROGRAM: BOOKS4U 

TARIKH:  19 SEPTEMBER 2023

Books4U adalah salah satu aktiviti yang dijalankan sempena program Library Week. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar PKB. Selain berpeluang meminjam buku di booth Books4U, pelajar PKB juga dapat menyertai kuiz, berpeluang membuat cabutan bertuah dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti Books4U 2023.😍😍


                  Suasana booth Books4U di Foyer Perpustakaan PKB















PROGRAM: HEBAHAN : PROGRAM LIBRARY WEEK

TARIKH:  SEPTEMBER 2023

Program Library Week merupakan satu inisiatif oleh Perpustakaan PKB bagi memupuk semangat para pelajar dan pengguna untuk datang ke perpustakaan dan menyemarakkan lagi suasana di Perpustakaan PKB.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan. Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program kami.





















PROGRAM: LAWATAN PERSEDIAAN AKREDITASI ETAC FASA 1 TAHUN 2023

TARIKH:  07 SEPTEMBER 2023


Sesi lawatan ke Perpustakaan PKB
















PROGRAM: LAWATAN DARIPADA RUMAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK MINI KEBAJIKAN MASYARAKAT

TARIKH:  30 OGOS 2023

Perpustakaan PKB telah menerima lawatan daripada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Mini Kebajikan Masyarakat seramai 11 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring. Sesi lawatan dan taklimat ringkas disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan iaitu Pn. Aniza Eryani bt Mohamad Razi. Semoga lawatan ke Perpustakaan PKB ini dapat memberi pendedahan dan membuka minda para pelajar agar lebih bersemangat untuk menimba ilmu.


Lawatan daripada pelajar Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Mini Kebajikan Masyarakat















PROGRAM: PAMERAN KEMERDEKAAN 

TARIKH:  OGOS - SEPTEMBER 2023

Perpustakaan PKB tidak melepaskan peluang meraikan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-66 dengan mengadakan aktiviti pameran kemerdekaan di ruang santai perpustakaan. Pameran secara fizikal dan maya dibuat serentak sebagai salah satu medium penyampaian maklumat kepada warga PKB. Jom sama-sama semarakkan rasa cinta pada negara dan semangat Malaysia Madani.

Salam Kemerdekaan...💕💕💕
















PROGRAM: TAKLIMAT PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SESI 1 : 2023/2024

TARIKH:  22 OGOS 2023

Selamat datang kepada Pelajar Baharu Politeknik Kota Bharu Sesi 1 : 2023/2024. Taklimat perpustakaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan iaitu Pn. Aniza Eryani bt Mohamad Razi. Tujuan taklimat diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar baharu mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan, koleksi bahan serta cara untuk mengakses buku di Perpustakaan PKB. Taklimat perpustakaan juga diakhiri dengan sesi kuiz online dan penyampaian hadiah. Diharap pelajar baharu mendapat manfaat daripada program ini.


Suasana taklimat perpustakaan di Dewan Jubli Perak, PKB
















PROGRAM: MESYUARAT UNIT PERPUSTAKAAN

TARIKH:  21 OGOS 2023


Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 3 /2023


















PROGRAM :  HEBAHAN : WEBOPAC PERPUSTAKAAN PKB

TARIKH :  JULAI


📌NAK CARI BUKU TANPA DATANG KE PERPUSTAKAAN? JOM AKSES WEBOPAC PERPUSTAKAAN PKB                                      

Laman katalog atas talian Perpustakaan PKB ini boleh diakses di alamat berikut  http://lib.pkb.edu.my




















PROGRAM:  HEBAHAN : TUTOR INFINITI PORTAL PEMBELAJARAN

TARIKH:  JULAI


📌INFO U-PUSTAKA

Susah untuk dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Jangan risau u-Pustaka kan ada.
Anda klik u-Pustaka, anda bijak!
#DigitalLibrary
#bangsamembacabangsaberjaya
Perpustakaan Negara Malaysia
u-Pustaka : u-Library

Tutor Infiniti menyediakan 52,397 soalan dan sentiasa bertambah mengikut sukatan terkini kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Soalan disediakan oleh pakar penggubal soalan mengikut silibus KSSR, KSSM dan KBSM selari dengan apa yang dipelajar di sekolah.

Apa lagi daftar sebagai ahli u-Pustaka sekarang.

Sila layari www.u-pustaka.gov.my

#upustaka













Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)