Sekitar 2024 (Jan - Mac)

PROGRAM: PAMERAN SEJARAH ISLAM SEMPENA BULAN RAMADHAN

TARIKH:  MAC 2024


Suasana Pameran Sejarah Islam
















PROGRAM: HEBAHAN : PAMERAN SEJARAH ISLAM SEMPENA BULAN RAMADHAN

TARIKH:  MAC 2024

Bersempena bulan Ramadhan kali ini, Perpustakaan Politeknik Kota Bharu mengadakan PAMERAN SEJARAH ISLAM bertempat di Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Program seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar memahami dan menghayati Sejarah Islam.

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan ! Hadiah menarik menanti anda.

Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Kota Bharu.

#perpustakaanpoliteknikkotabharu

#kelabrakanpustaka
#jombacabuku
#politeknikkotabharu
#LibraryWeek
#membacaamalanmulia
















PROGRAM: HEBAHAN : PROGRAM LIBRARY WEEK SIRI 1/2024

TARIKH:  MAC - APRIL 2024

Program Library Week merupakan satu inisiatif oleh Perpustakaan PKB bagi memupuk semangat para pelajar dan pengguna untuk datang ke perpustakaan di bulan Ramadhan ini dan menyemarakkan lagi suasana di Perpustakaan PKB.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan.

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program kami.

#PerpustakaanPKB
#KoleksiBaharu
#IlmuYangMenginspirasi"
#POLITEKNIK KOTA BHARU (RASMI)



Aktiviti sepanjang Library Week Siri 1/2024

                                             














PROGRAM: LAWATAN AUDIT PEMATUHAN MS ISO 9001:2015 OLEH SIRIM

TARIKH:  20 FEBRUARI 2024

Perpustakaan PKB telah menerima lawatan Audit Pematuhan MS ISO 9001:2015 oleh Puan Nur Hana Roshida Binti Hairudin  pada 20 Februari 2024. Audit SIRIM diadakan bagi memastikan PKB sentiasa mematuhi SPK yang sedia ada.  Alhamdulillah, lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat. 


Suasana lawatan audit SIRIM



















PROGRAM: LAWATAN SAMBIL BELAJAR & BENGKEL KEPUSTAKAWANAN DARIPADA SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 3, KOTA BHARU

TARIKH:  07 FEBRUARI 2024

Pada  07 Februari 2024  Perpustakaan PKB telah menerima  lawatan sambil belajar daripada  SK Sultan Ismail 3. Turut diadakan Bengkel Kepustakawanan yang disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada Pegawas PSS dan 5 orang guru pengiring. Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Aniza Eryani bt Mohamad Razi dan Pn. Noor Alia Hanim bt Mohamad Hassan. Semoga lawatan dan bengkel ini dapat memberi pendedahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada adik-adik semua. Selamat maju jaya SK Sultan Ismail 3.✌✌


Gambar suasana lawatan daripada SK Sultan Ismail 3, KB

















PROGRAM: LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU  

TARIKH:  01 FEBRUARI 2024

Perpustakaan PKB telah menerima lawatan daripada Kolej Vokasional Wakaf Tembusu. Para pelawat dapat melihat perkhidmatan dan koleksi bahan yang ada di Perpustakaan PKB. Pihak perpustakaan mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak KVWT membuat lawatan sambil belajar ini dan diharapkan perkongsian ilmu yang dibuat dapat membantu pelajar dalam mencapai objektif lawatan.


Gambar suasana lawatan daripada KVWT 

















PROGRAM: MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL  

TARIKH:  31 JANUARI 2024

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Muhammad Najmu Al Farid b. Mohd Rasid dan adik Muhammad Aliff Nadzmi b. Hasnan di atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang berada di Perpustakaan PKB. Semoga lebih maju jaya pada masa akan datang dalam apa jua bidang yang diceburi.


Bergambar kenangan bersama adik-adik...❤❤❤

















PROGRAM: TAKLIMAT PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SESI 11 : 2023/2024

TARIKH:  30 JANUARI 2024

Selamat datang kepada Pelajar Baharu Politeknik Kota Bharu Sesi 11 : 2023/2024. Taklimat perpustakaan telah disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan iaitu Pn. Aniza Eryani bt Mohamad Razi. Tujuan taklimat diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar baharu mengenai perkhidmatan, kemudahan, peraturan, koleksi bahan serta cara untuk mengakses buku di Perpustakaan PKB. Taklimat perpustakaan juga diakhiri dengan sesi kuiz online dan penyampaian hadiah. Diharap pelajar baharu mendapat manfaat daripada program ini.


Taklimat perpustakaan pelajar baharu di Dewan Jubli Perak, PKB


















PROGRAM : LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM KOHA DARIPADA PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)

TARIKH : 25 JANUARI 2024

Perpustakaan PKB berbesar hati menerima lawatan daripada staf Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mempelajari sistem KOHA yang digunakan di Perpustakaan PKB. Semoga perkongsian ilmu ini mendapat manfaat dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan.


Lawatan Penanda aras Sistem KOHA daripada PKT

















PROGRAM : BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN SIRI 1/2024

TARIKH : 24 JANUARI 2024

Pada 24 Januari 2024 telah diadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan Perpustakaan Siri 1/2024 di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan  Perpustakaan PKB. Alhamdulillah bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan pelbagai program telah diatur  dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. 


Program sepanjang Bengkel Pemantapan Pengurusan Perpustakaan Siri 1/2024



















PROGRAM : MESYUARAT UNIT PERPUSTAKAAN

TARIKH : 15 JANUARI 2024

Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil. 1/2024 telah diadakan pada 15 Januari 2024 bertempat di ruang bacaan Perpustakaan PKB. Pn. Aniza Eryani Bt Mohammad Razi mempengerusikan mesyuarat tersebut dan dihadiri oleh 8 orang staf perpustakaan. Pelbagai isu dan program yang dibincangkan. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2024.


Mesyuarat Unit Perpustakaan Bil.1/2024






Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)