SEKITAR ( FEBRUARI)
PROGRAM : PERSIAPAN & GOTONG ROYONG AKTIVTI DERMA BUKU & JOM TEKA BERAT BUKU
TARIKH : 29.1.2026-31.1.2026
Satu sesi persiapan dan gotong royong telah diadakan bagi mesmastikan kelancaran penganjuran Program jom teka buku & derma buku. Aktiviti ini melibatkan penyusunan bahan pameran, penyediaan sudut derma buku, serta persiapan peralatan untuk aktiviti teka buku. Diharapkan program ini dapat menarik penyertaan pelajar serta staf PKB. Di samping dapat memupuk budaya membaca serta semangat berkongsi melalui aktiviti derma buku.
SEKITAR FEBRUARI
PROGRAM:JOM DERMA BUKU
TARIKH:1.2.2026-26.2.2026
Program Jom Derma Buku telah dianjurkan oleh perpustakaan bagi menggalakkan amalan berkongsi ilmu melalui sumbangan bahan bacaan. Penyertaan daripada staf dan pelajar sangat menggalakkan. Buku yang disumbangkan akan dimanfaatkan oleh pengguna. Diharapkan program seperti ini akan mendapat sambutan berterusan dan menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.


Comments
Post a Comment