Posts

Image
 SEKITAR : MEI PROGRAM : LAWATAN PENJURIAN PENARAFAN BINTANG DARIPADA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA. TARIKH : 7 MEI 2026 Pihak perpustakaan amat berbesar hati menerima lawatan penarafan bintang daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Penilaian ini telah dihadiri oleh tiga orang juri iaitu Puan Siti Manoriah bt Saleh (Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan). Puan Zalina bt Abdul Rahim (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Insan) dan Puan Siti Suzani bt Mohamed Taib (Timbalan Pengarah Kanan Pembinaan Koleksi). Ini sebagai usaha menilai tahap perkhidmatan, pengurusan serta kemudahan perpustakaan. Sesi penilaian perpustakaan telah berlangsung dengan lancar. Keputusan rasmi penarafan bintang akan dimaklumkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia kelak.
Image
 SEKITAR: APRIL PROGRAM : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT  TARIKH: 23 APRIL 2026 Program Jom Baca Bersama 10 minit telah diadakan pada 23 April 2026 di Perpustakaan. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada staf dan pelajar.  Jumlah penyertaan seramai 178 orang. Program ini diadakan bagi menggalakkan staf dan pelajar membudayakan amalan membaca dalam kehidupan harian walaupun hanya meluangkan masa selama 10 minit. Selain dapat menambah ilmu, aktiviti ini mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dan menyeronokkan. Diharapkan program seperti ini diteruskan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
Image
 SEKITAR MAC PROGRAM:JAMUAN MAKAN PERPISAHAN INTERN. SELAMAT MELANGKAH KE HADAPAN. TARIKH:31.3.2026 Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan bagi meraikan para intern Najah dan Ayuni yang telah menamatkan latihan praktikal selama 2 bulan. Majlis makan dan penyampaian hadiah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kenangan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan. Terima kasih dan selamat maju jaya!
Image
  SEKITAR (MAC) TARIKH: 4.3.2026 PROGRAM: GOTONG-ROYONG BOOTH RAYA, MERIAH BERSAMA !                                                                 GOTONG-ROYONG BOOTH RAYA Aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen dan kerjasama semua pihak. Pelbagai dekorasi menarik telah dihasilkan bagi menceriakan suasana Hari Raya Aidilfitri. Dekorasi menggabungkan elemen tradisional dan moden. Hasil kerjasama bersama menjadikan ruang yang menarik dan penuh aura kemeriahan Aidilfitri. Amaran: nantikan seterusnya penuh senyuman posing suasana Hari Raya Aidilfitri Perpustakaan Al-Syafie ye...
Image
SEKITAR (FEBRUARI) TARIKH: 22.2.2026 PROGRAM: PEMENANG TEKA BUKU Pertandingan Teka Berat Buku yang telah dianjurkan oleh unit perpustakaan pada 8/2/2026 sehingga 12/2/2026 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar. Tahniah diucapkan  kepada pemenang yang berjaya meneka berat buku Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti ini.
Image
SEKITAR (FEBRUARI) TARIKH: 11.2.2026 PROGRAM: AUDIT EKSA Audit EKSA telah dijalankan pada 11.2.2026 bertempat di Perpustakaan PKB. Audit ini untuk menilai tahap pematuhan terhadap kriteria EKSA serta memastikan persekitaran kerja sentiasa kemas, tersusun dan selamat. Sepanjang sesi audit, para pegawai dan staf memberi kerjasama dalam memberikan penerangan. Diharapkan melalui audit ini, penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan oleh perpustakaan demi mencapai garis panduan EKSA yang lebih cemerlang pada masa akan datang. SEKITAR (FEBRUARI) TARIKH : 12.2.2026 PROGRAM: JAMUAN MAKAN PERPISAHAN INTERN WAN BASHIRAH Satu jamuan perpisahan telah diadakan untuk pelajar intern perpustakaan Wan Nur Bashirah bt Wan Rosdi sebagai tanda penghargaan dan komitmen ira sepanjang tempoh menjalani latihan di perpustakaan. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan manis dan sebagai bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya pada masa akan datang.
Image
SEKITAR ( FEBRUARI) TARIKH: 9.2.2026 PROGRAM: LAWATAN ANAK-ANAK YATIM YAYASAN NEGERI KELANTAN Pada 9.2.2026, satu lawatan kebajikan telah diadakan ke Perpustakaan PKB melibatkan 33 orang peserta. Program ini dianjurkan bagi memenuhi tanggungjawab sosial serta memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan peserta dan staf PKB. Sepanjang lawatan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di setiap unit yang dilawati. Memberi itu bukan tentang apa yang kita ada, tetapi tentang keikhlasan hati. Tahukah semua ? Jika mengasihi anak-anak yatim akan dicintai Rasullullah SAW. Semoga setiap kebaikan yang diberikan kepada anak-anak ini menjadi asbab keberkatan buat warga Politeknik Kota Bharu.
Image
  SEKITAR (FEBRUARI) TARIKH : 4.2.2026 PROGRAM : JOM DERMA DARAH Perpustakaan bukan sahaja gedung ilmu,tetapi berperanan menyokong aktiviti kemasyarakatan. Satu program derma darah telah dianjurkan oleh perpustakaan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan berkongsi rezeki demi menyelamatkan nyawa. Kehadiran para penderma jelas menunjukkan tahap kesedaran dan prihatin yang tinggi terhadap kepentingan membantu mereka yang memerlukan. Semoga setiap titisan darah yang didermakan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Image
  SEKITAR ( FEBRUARI) PROGRAM : PERSIAPAN & GOTONG ROYONG AKTIVTI DERMA BUKU & JOM TEKA BERAT BUKU TARIKH : 29.1.2026-31.1.2026 Satu sesi persiapan dan gotong royong telah diadakan bagi mesmastikan kelancaran penganjuran Program jom teka buku & derma buku. Aktiviti ini melibatkan penyusunan bahan pameran, penyediaan sudut derma buku, serta persiapan peralatan untuk aktiviti teka buku. Diharapkan program ini dapat menarik penyertaan pelajar serta staf PKB. Di samping dapat memupuk budaya membaca serta semangat berkongsi melalui aktiviti derma buku. SEKITAR FEBRUARI PROGRAM:JOM DERMA BUKU TARIKH:1.2.2026-26.2.2026 Program Jom Derma Buku telah dianjurkan oleh perpustakaan bagi menggalakkan amalan berkongsi ilmu melalui sumbangan bahan bacaan. Penyertaan daripada staf dan pelajar sangat menggalakkan. Buku yang disumbangkan akan dimanfaatkan oleh pengguna. Diharapkan program seperti ini akan mendapat sambutan berterusan dan menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.
Image
  SEKITAR (FEBRUARI)   PROGRAM : KELAB RAKAN PUSTAKA TARIKH : 20.1.2026 M esyuarat Kelab Rakan Pustaka telah diadakan di bilik seminar 2 perpustakaan.Satu sesi pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa baharu telah diadakan. Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pustakawan Puan Alia. Kehadiran ahli baharu seramai 26 orang. Semoga dengan ahli baharu Kelab Rakan Pustaka dapat memperkukuh pengurusan kelab.
Image
  SEKITAR (JANUARI 2026)   PROGRAM : LAWATAN JAWATANKUASA FIRA  TARIKH : 19.1.2026 S atu jawatankuasa FIRA telah mengadakan lawatan ke perpustakaan. Para peserta diberi penerangan mengenai kemudahan yang disediakan di perpustakaan. Lawatan i ni juga memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk memahami  peranan perpustakaan sebagai pusat sokongan pembelajaran dan penyelidikan. Diharap lawatan ini sebagai sumber rujukan utama dalam menyokong aktiviti dan projek robotik pada masa akan datang.
Image
Sekitar (Januari) Tarikh : 8.1.2026 Program :Taklimat Minggu Transformasi Siswa Politeknik Kota Bharu Sesi 2, 2025/2026   Sesi taklimat pelajar baharu  sesi dua 2025/2026 berjumlah lebih kurang 156 orang telah berlangsung dengan jayanya sebagai langkal awal memperkenalkan pelajar kepada perpustakaan. Pelajar diberi penerangan oleh Puan Masrina bt Yusuf sebagai Penolong Pustakawan. Diharapkan melalui taklimat ini, para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan lebih yakin menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Semoga pengalaman pembacaan di perpustakaan menjadi satu perjalanan yang bermakna dan berjaya.  
Image
    Sekitar (JANUARI) Tarikh: 4.1.2026 Program: Malam Apresiasi & Jasamu Di kenang (Hotel Perdana)    Malam Apresiasi & jasamu dikenang Politeknik Kota Bharu berkumpul dalam suasana cukup istimewa di Hotel Perdana dengan tema Arabian Night yang penuh warna dan keunikan. Semoga majlis ini dapat dinIkmati bersama, mengeratkan hubungan serta mencipta kenangan indah untuk kakitangan Politeknik Kota Bharu. Perpustakaan terlibat sebagai ahli jawatankuasa yang juga bertungkus lumus menyediakan kek dan memastikan hidangan kek dapat disediakan.  
Image
Sekitar (Disember) Tarikh: 9.12.2025-18.12.2025 Program: Gotong-royong EKSA dan audit EKSA GOTONG-ROYONG EKSA DAN AUDIT EKSA  Satu aktiviti gotong-royong sempena pelaksanaan AUDIT EKSA. Aktiviti ini melibatkan semua staf dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kemas, teratur dan bersih seperti dengan amalan EKSA. Kawasan kelihatan lebih kemas dang ruang yang sempit tidak tersusun telah diperbaiki. Aktiviti EKSA wajar diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekalkan budaya kerja yang bersih dan sistematik. Semoga dapat mengekalkan budaya kerja yang berdisiplin dan berkualiti.
Image
  SEKITAR (DISEMBER) Tarikh : 30.12.2025 Program: Lawatan Pustakawan Politeknik Kota Kinabalu                              Lawatan Pustakawan Politeknik Kota Kinabalu ke perpustakaan dan galeri. Satu lawatan Pustakawan daripada Politeknik Kota Kinabalu iaitu Puan Dayang Norainie bt Awang Junaidee ke perpustakaan dan galeri. Lawatan ini supaya dapat bertukar pendapat dan pengalaman serta memperluaskan pengetahuan masing-masing. SEKITAR (DISEMBER) Tarikh : 24.12.2025 Program : Bengkel Kecerdasan : Sukan Tenpin Bowling Siri 2/2025 Bengkel bowling telah dianjurkan oleh Perpustakaan dengan kerjasama USTM. Melalui bengkel ini, peserta bukan sahaja mempelajari teknik permainan yang betul, malah fokus dan semangat berpasukan yang penting dalam kehidupan seharian. Semoga bengkel ini turut mengeratkan lagi hubungan sesama peserta melalui aktiviti sukan yang sihat dan berinformasi.
Image
SEKITAR  (OKTOBER) Program: Jualan Gerai Kelab Rakan Pustaka Perpustakaan PKB Tarikh    : 10.10.2025-22.10.2025 Jualan Gerai Kelab Rakan Pustaka. 'Dari Dapur Terus Ke Hati' Unit perpustakaan berharap agar kehadiran gerai ini dapat memberi manfaat s erta memenuhi keperluan semua pengunjung. Semoga usaha kecil ini mendapat sambutan yang baik di masa hadapan.  
Image
SEKITAR (OKTOBER) Program: Perhimpunan Bulanan Oktober 2025 Tarikh: 3.10.2025                                               Perhimpunan bulanan PKB di Dewan Jubli Perak.  Perhimpunan bulanan warga PKB, unit perpustakaan sebagai ajk pendaftaran telah dipilih untuk menguruskan sesi pendaftaran kehadiran. Terima kasih kepada semua warga ofis yang hadir. Semoga perhimpunan ini menjadi platform penyampaian maklumat serta pengukuhan kerjasama warga kerja.
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program: Jom Baca 10 Minit. Tarikh: Setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober. Program 'JOM BACA' telah diadakan diperpustakaan sepanjang bulan Oktober setiap hari Selasa pada tengah hari. Semoga program 'JOM BACA' dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar dan warga PKB. Diharapkan minat membaca menjadi amalan sebagai budaya harian.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan penuh semangat.
Image
SEKITAR (OKTOBER)  Program:  Audit MS ISO 9001:2015 (Tahun 2025) Tarikh: 13.10.2025    Satu audit MS ISO 9001:2015 (2025) telah dilaksanakan bagi memastikan segala aktiviti berada pada tahap terbaik.  Ia turut menilai aspek pengurusan bahan, kemudahan, keselamatan dan lain-lain. Proses ini membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan perpustakaan dalam memberikan perkhidmata yang terbaik untuk pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Bharu.
Image
SEKITAR (OKTOBER) Program : Audit Akreditasi Diploma Ukur Bahan Tarikh : 9.10.2025  Audit akreditasi telah dijalankan pada 9.10.25. Secara keseluruhan, audit menunjukkan tahap pelaksanaan yang baik mengikut keperluan semasa. Audit menunjukkan tahap pematuhan yang memuaskan dengan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti koleksi perpustakaan.