Sekitar 2021 (April - Jun)

PROGRAM :  HEBAHAN: IT'S FREE ONLY AT u-PUSTAKA

TARIKH:  JUN 2021

Percaya vaksin










PROGRAM : HEBAHAN: MEMBACA e-BUKU DARI PANGKALAN DATA OVERDRIVE

TARIKH:  JUN 2021

Jangan lepaskan peluang membaca e-Buku bertajuk "BEAT Autoimmune: The 6 Keys to Reverse Your Condition and Reclaim Your Health" Tempah di sini sekarang https://pnm.overdrive.com/media/4385711
u-Pustaka menawarkan pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam termasuk e-buku, buku audio dan buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive.
Jangan risau jika belum berdaftar sebagai ahli u-Pustaka. Daftar sekarang PERCUMA je di www.u-pustaka.gov.my








PROGRAM : HEBAHAN: PANGKALAN DATA PRESSREADER

TARIKH:  JUN 2021

Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa...
untuk lebih kefahaman.
Belum mendaftar sebagai ahli u-Pustaka?
Anda klik u-pustaka, anda bijak!










PROGRAM :  TAHUKAH ANDA ? "JOM KENALI KELANTAN MELALUI SEJARAH"

TARIKH:  JUN 2021
 

JOM KENALI KELANTAN MELALUI SEJARAH 🥰
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Nama "Kelantan" dikatakan berasal daripada perkataan "gelam hutan" yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
 
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya, Majapahit dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.
 
Pada 1499, Kelantan telah menjadi negeri bawahan Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walau bagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
 
Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
 
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
 
Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
 
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
 


 

 

 

 

 



PROGRAM : HEBAHAN: e-SURAT KHABAR PERCUMA DI PANGKALAN DATA PRESSREADER

TARIKH:  JUN 2021

Mulakan setiap hari dengan membaca berita-berita terkini.

Dapatkan e-surat khabar percuma dalam pangkalan data Pressreader di www.u-pustaka.gov.my










PROGRAM : DARI HATI SEORANG IBU

TARIKH:  JUN 2021


*Dari hati seorang ibu.....*
Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian semua calon yang memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada hari ini. Walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada cara pembelajaran, namun saya yakin semangat untuk berjaya dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu telah menyuntik semangat anda semua untuk melakukan yang
terbaik
dalam peperiksaan ini.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak. Sesungguhnya dorongan motivasi serta doa ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi para pelajar.
Ibu bapa yang dikasihi sekalian, selepas keputusan SPM diumumkan pada hari ini, kecemerlangan dan kejayaan anak akan bermula dengan mereka melangkah ke pendidikan tertiari. Minat, kecenderungan, bakat dan kebolehan anak-anak adalah berbeza. Ibu bapa harus menerima perbezaan ini dan meraikan keistimewaan setiap anak. Berikanlah mereka peluang untuk memilih bidang yang mereka minati berdasarkan kepada permintaan serta peluang pekerjaan pada masa akan datang.
Pada mereka yang kurang berjaya, janganlah berputus asa dengan keputusan hari ini. InsyaAllah berbekalkan semangat dan usaha tanpa jemu, kejayaan pasti anda kecapi pada satu hari nanti. Bagi mereka yang memperoleh keputusan cemerlang pula, teruskan berusaha dalam memperoleh kejayaan demi kejayaan agar dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.
Ikhlas dari saya,
*Zainab Ahmad*
*10 Jun 2021*










PROGRAM : HEBAHAN: KEMPEN MEMBACA@GAYA HIDUP PKP

TARIKH:  JUN 2021

Ini Cikgu Hisham Esa.
Cikgu Hisham telah menggunakan Pangkalan Data Raz Kids untuk membantu muridnya membaca dengan baik semasa PDPR.
Jom kongsikan gambar anda bersama kapsyen ringkas pangkalan data kegemaran anda. Gunakan #upustakadatabase
Gambar dan kapsyen menarik akan memenangi cenderamata u-Pustaka











PROGRAM : HEBAHAN: MUAT TURUN eBOOK "PANDUAN RINGKAS COVID19 DAN VAKSIN"

TARIKH:  JUN 2021

Ebook “Panduan Ringkas #COVID19 Dan Vaksin” oleh En Fahmi Hassan, Pegawai Farmasi KKM.
Ebook ini diberi percuma untuk dimuat turun, dibaca dan disebarkan.
Boleh muat turun di fahmihassan.net
kementeriankesihatanmalaysia













PROGRAM : HEBAHAN: MUAT TURUN PERCUMA BUKU-BUKU AGAMA

TARIKH:  JUN 2021

Boring kat rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan?
Isi masa anda  sambil tambah ilmu

Ada 138 buku agama online percuma untuk di baca !!
Download PERCUMA buku2 islamic format pdf (hibah dari Rumah Fiqih). Silakan memuat turunnya , semoga bermanfaat







Note :
1. Buku pdf ini diformat untuk selesa dibaca melalui HP, meski tetap boleh dengan laptop, desktop atau tablet.

2. Buku ini waqaf dari pengarangnya. Doakan agar mereka selalu mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin.

3. Sila kongsikan link ini biar kita pun ikut memperoleh pahala menyebarkan ilmu agama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.🤲








PROGRAM : HEBAHAN: BACA PERCUMA PENULISAN MENGENAI VAKSIN DI  PANGKALAN DATA OVERDRIVE

TARIKH:  JUN 2021

Kenapa perlu vaksin?
Jom jelajah penulisan Azizi Ayob mengenai vaksin melalui buku ini.
Dapatkan secara percuma di pangkalan data OverDrive melalui www.u-pustaka.gov.my










PROGRAM : HEBAHAN: BACA PERCUMA KOMIK GAZA:DETIK AWAL PALESTIN DIJAJAH

TARIKH:  JUN 2021

Jom singkap sejarah bagaimana konflik di Palestin bermula dan berlarutan sehingga kini melalui Komik Gaza : Detik Awal Palestin Dijajah. Baca secara percuma di pangkalan data eLib. Lawati www.u-pustaka.gov.my sekarang.










PROGRAM : HEBAHAN: JOM DAFTAR AHLI u-PUSTAKA

TARIKH:  JUN 2021

Tengah buat apa petang-petang macam ni? Jom daftar u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my dan boleh baca pelbagai bahan bacaan digital di sini secara PERCUMA tau.


Jom daftar ahli u-Pustaka untuk mengakses bahan bacaan digital Percuma sahaja.
Daftar sekarang di www.u-pustaka.gov.my.
Sila log masuk ke Portal u-Pustaka menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jangan lupa buat pengesahan melalui emel.
Langkah-Langkah Mengakses Pangkalan Data dalam Portal u-Pustaka :
Klik Menu Pautan Pintas atau E-Sumber pada HOMEPAGE
> Klik Pangkalan Data
> Pilih Pangkalan Data yang diminati
Rujuk panduan akses dan video yang disediakan. Muat turun Apps yang berkaitan
Selamat Membaca!
Sila LIKE dan SHARE Facebook u-Pustaka untuk dapatkan maklumat hebahan.







PROGRAM : HEBAHAN: EBSCOHOST DATABASES 

TARIKH:  JUN 2021

Looking for academic resources?
Get it from EBSCOhost databases via www.u-pustaka.gov.my





       





PROGRAM : HEBAHAN: KEMPEN MEMBACA@GAYA HIDUP PKP

TARIKH:  JUN 2021

Adakah anda buntu dan bosan melayari media sosial dan menonton televisyen sepanjang PKP?
Apakata anda amalkan SOP membaca bahan digital dirumah... Pasti hidup anda lebih bermakna dan bahagia.





PROGRAM : HEBAHAN: KEMPEN MEMBACA@GAYA HIDUP PKP

TARIKH:  JUN 2021

Kempen Membaca@Gaya Hidup PKP
Jadikan amalan membaca bersama keluarga anda sebagai gaya hidup semasa PKP.
u-Pustaka menyediakan banyak bahan bacaan digital secara PERCUMA untuk anda nikmati bersama-sama keluarga
Jom layari www.u-Pustaka.gov.my dan pilih bahan bacaan kegemaran anda.








PROGRAM : HEBAHAN: AMALKAN KAWALAN KENDIRI COVID 19

TARIKH:  JUN 2021

Amalkan Kawalan Pergerakan Kendiri (self lockdown) untuk putuskan rantaian jangkitan #COVID19.
kementeriankesihatanmalaysia









PROGRAM : JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH:  22 APRIL 2021

Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk meningkatkan tabiat serta budaya membaca di kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap tahun Unit Perpustakaan PKB tidak melepaskan peluang dalam bersama-sama menyertai program ini. Oleh kerana situasi semasa penularan Covid -19, program ini diadakan secara atas talian bersama warga kerja PKB. Untuk memeriahkan program ini, turut diselitkan juga aktiviti 'Cabaran Foto Kreatif'. Penyertaan terbuka kepada warga kerja PKB termasuk yang bekerja dari rumah (BDR).

                                                       Jom Baca  Bersama 10 Minit
                                                     


                                                                            Pemenang  'Cabaran Foto Kreatif '

 



                                            Majlis  penyampaian hadiah 'Cabaran Foto Kreatif' oleh Tuan Pengarah PKB

                        







PROGRAM : PENGUMUMAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN PKB

TARIKH:  APRIL 2021


AYUH SERTAI  !
CABARAN FOTO KREATIF SEMPENA JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 

Berhenti sejenak dan baca buku walau di mana anda berada pada 22 April 2021, pukul 11.00 hingga 11.10 pagi untuk menjayakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2021.

💛 Kepada warga Politeknik Kota Bharu boleh memuat naik gambar kreatif anda membaca dan diemail ke alamat lib@pkb.edu.my

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)