Peraturan

PERATURAN - PERATURAN PERPUSTAKAAN

        1. Peraturan-peraturan Am

  a) Pakaian Am

  1. Pakaian pelajar lelaki: Baju berkolar serta 'tuck in', serta berseluar slek dan berkasut.
  2. Pakaian pelajar wanita: Sopan dan tidak menjolok mata (seperti tidak terlalu ketat, singkat atau jarang).
         LARANGAN
  1. Seluar jeans, baju bengkel, topi, jaket, kain pelikat, kain sarung dan selipar.
  2. Pakaian tertulis atau terlukis tidak sopan.
b) Disiplin / Tingkahlaku Dalam Perpustakaan
  • Pengguna hendaklah berkelakuan sopan dan menghormati petugas semasa berada di perpustakaan. Tidur dan makan minum adalah dilarang.
  • Pergaulan di antara lelaki dan perempuan perlulah dibataskan supaya tidak menimbulkan fitnah dan masalah.
  • Mengalih/ menyusun semula perabut dan bahan yang sedia ada, adalah tidak digalakkan.
  • Pengguna adalah dilarang daripada merosak dan mencuri bahan dan peralatan milik perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan / kecurian barangan  milik pengguna.
  • Barangan seperti beg, payung, topi, fail, buku-buku persendirian, buku-buku yang telah dipinjam, senjata merbahaya dan sebagainya adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  • Pelajar dimestikan memakai kad pelajar setiap masa sepanjang berada di dalam perpustakaan. 
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan nada deringan supaya tidak menganggu pengguna lain;  
  • Fotokopi keseluruhan buku adalah di larang. Kesemua jenis bahan boleh difotokopi kecuali Laporan projek Pelajar serta Laporan Latihan Industri. Walau bagaimanapun pengguna adalah tertakluk  kepada Akta Hak Cipta 1986.
        
2. Peraturan Keahlian Perpustakaan

   a) Keahlian Pelajar / Kakitangan
  •      Setiap pelajar dan kakitangan yang mendaftar di PKB adalah menjadi ahli perpustakaan secara automatik;
  •     Pendaftaran keahlian boleh dibuat di kaunter perpustakaan
  •     Pihak perpustakaan berhak menggantung/ membatalkan keahlian sekiranya ahli melakukan kesalahan tatatertib.
       b) Keahlian Pengguna Luar
    Kakitangan kerajaan yang bertugas di jabatan kerajaan dan badan berkanun perlu mengemukakan surat rasmi daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk pengesahan identiti bagi pendaftaran ahli perpustakaan PKB;
     Pengguna luar hanya boleh membuat rujukan dan fotokopi bahan sahaja dan tidak boleh meminjam bahan;
     Pihak perpustakaan berhak menggantung/membatalkan keahlian sekiranya ahli-ahli melanggar peraturan perpustakaan.


3. Peraturan perkhidmatan perpustakaan

   a) Perkhidmatan Karel
  • Pelajar dilarang berdua-duaan di antara lelaki dan wanita;
  • Tempahan tempat tidak dibenarkan sama sekali;
  • Dilarang menconteng/merosakkan peralatan  

   b) Perkhidmatan Bilik Ibnu Sina/Bilik Seminar/Bilik Diskusi
  1. Kebenaran perlu diperolehi untuk menggunakan bilik ini;
  2. Makan dan minum tidak dibenarkan;
  3. Matikan suis lampu dan kemas peralatan sebelum meninggalkan bilik.

   c) Perkhidmatan Depositori/ Tempat penyimpanan barang

        Kabinet simpanan barang adalah hak milik PKB. Pelajar dilarang menjadikannya milik persendirian;

Pihak perpustakaan berhak membuka dan memeriksa barangan yang disimpan untuk tujuan siasatan dan keselamatan.

    d) Perkhidmatan Bahan Rujukan/ Redspot
  •  Buku-buku rujukan tidak dibenarkan dipinjam 
  •  Buku-buku rujukan tidak boleh dibawa keluar dari bilik rujukan kecuali dengan kebenaran kakitangan perpustakaan.

    e) Perkhidmatan Internet

        Penggunaan internet adalah untuk tujuan pembelajaran/ilmiah sahaja. 
          Melayari laman web terlarang adalah ditegah sama sekali;
  • ‘Chatting’ dan permainan komputer adalah ditegah.

      f) Perkhidmatan fotokopi
  •  Fotokopi keseluruhan buku adalah dilarang;
  •  Kesemua bahan boleh difotokopi kecuali Laporan Projek Pelajar serta Laporan Latihan Industri;
  •  Pengguna adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1986.



    4. Peraturan Pinjaman


Bahan

Pelajar

Kakitangan PKB

Buku

4 buah/ 14 hari

8 buah / 30 hari

Terbitan Berkala

Rujukan sahaja

Rujukan sahaja

Multimedia

Rujukan sahaja

Rujukan sahaja

Kertas Projek

Rujukan sahaja

Rujukan sahaja

Buku Rujukan

Rujukan sahaja

Rujukan sahaja

Pembaharuan

2 kali (manual/online)

2 kali (manual/ online)

 





    5. Denda


Kelewatan

 Rosak /Hilang

RM 0.10 sen /sehari (Hari bekerja)

Harga buku 



Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)