ARIKH : 6 DISEMBER 2014
PROGRAM : BENGKEL KEUSAHAWANAN
WAFFLE
Bengkel
Keusahawanan Waffle anjuran
Perpustakaan Politeknik Kota Bharu bertempat di G'Cafe dan perpustakaan.
Bengkel ini melibatkan seramai 30 orang ahli Kelab Rakan Pustaka dan
staf perpustakaan. Taklimat dan demo diberi oleh Waffle King bagi
mengetahui cara pembuatan waffle dengan lebih mendalam.
|
Demo pembuatan waffle oleh Waffle King |
TARIKH : 11 - 14 NOVEMBER 2014
PROGRAM : LAWATAN
KEUSAHAWANAN KELAB RAKAN PUSTAKA KE PULAU PINANG
Perpustakaan Politeknik Kota Bharu
telah mengadakan lawatan berbentuk ilmiah bersama ahli Kelab Rakan Pustaka ke
Pulau Pinang bermula dari 11 hingga 14 November 2014. Beberapa tempat telah
dikunjungi termasuklah Politeknik Seberang Prai (PSP), Kilang Jeruk Pak Ali
Seberang Prai Selatan, Bukit Bendera dan juga Pasar Kemboja yang diketuai oleh
Ketua Perpustakaan, Puan Kasuma Dewi.
|
Bergambar kenangan bersama staf dan ahli Kelab Politeknik Seberang Prai (PSP) |
TARIKH: 29 OKTOBER 2014
PROGRAM : LAWATAN DAN TAKLIMAT DARI STAF PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Program
lawatan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan taklimat mengenai
Kesedaran Penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta
331). Taklimat ini telah disampaikan oleh pihak PNM kepada staf
Perpustakaan PKB.
Bergambar kenangan bersama pihak PNM
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2014
PROGRAM : TADIKA CILIK
PINTAR POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
Politeknik Kota Bharu telah
menganjurkan program untuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak Tadika Cilik
Pintar dalam program yang berilmiah. Antara program yang dianjurkan termasuklah
sesi menyanyi, mari mewarna, sesi bercerita, dan banyak lagi.
|
Antara aktiviti yang dijalankan bersama kanak-kanak di Tadika Cilik Pintar PKB |
PROGRAM : TEAMBUILDING
& FAMILY DAY KELAB RAKAN PUSTAKA & STAF LIBRARY
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2014
Perpustakaan Politeknik Kota Bharu
telah menganjurkan Teambuilding dan Hari Keluarga yang disertai oleh staf dan ahli Kelab Rakan
Pustaka (KRP) bertempat di Pantai Sri Telong, Bachok Kelantan. Pelbagai acara
menarik disediakan bagi merapatkan lagi hubungan antara staf dan juga ahli
kelab.
|
Antara aktiviti yang menambahkan kemesraan staf dan ahli kelab |
TARIKH : 10 - 21 OGOS 2014
PROGRAM : PERTANDINGAN MENGHIAS PERPUSTAKAAN ANTARA KUMPULAN
Setiap
kumpulan dikhendaki menghias kawasan masing-masing. Pertandingan ini
melibatkan Bilik Seminar, Bilik Diskusi 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Markah
juri berdasarkan aspek keceriaan, kebersihan dan kreativiti. Tujuan
pertandingan ini juga untuk memupuk kerjasama antara ahli dalam
kumpulan.
|
Staf perpustakan bersama ahli kelab saling bekerjasama...
|
|
Sebelum Selepas |
|
|
|
|
JUARA...( Bilik Seminar ) Pertandingan Menghias Perpustakaan 2014 |
TARIKH : 11 OGOS 2014
PROGRAM : BENGKEL MEMBINA BLOG
Bengkel
ini telah disertai oleh staf perpustakaan. Tujuan bengkel ini
dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang pembinaan blog.
Melalui bengkel yang dianjurkan ini setiap staf berpeluang untuk belajar
dan menbina blog sendiri.
|
Sempat kami bergambar sebelum bengkel bermula...
|
TARIKH : 2 JULAI 2014
PROGRAM : KURSUS PENGKATALOGAN BAHAN MULTIMEDIA BERCETAK
Staf
Perpustakaan PKB telah menghadiri kursus ini. Kursus ini adalah
bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada staf perpustakaan berkenaan
dengan pengkatalogan bahan multimedia bercetak.
TARIKH : 24 JUN 2014
PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PELAJAR SMK BACHOK
Perpustakaan
PKB telah menerima kunjungan daripada pelajar SMK Bachok seramai 128
orang pelajar yang diiringi oleh 3 orang guru pengiring.
TARIKH : 6 JULAI - 6 OGOS 2014
PROGRAM : PERADUAN TEKA SILANG KATA
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan teka silang kata tersebut telah disampaikan pada 16 Oktober 2014 oleh Pustakawan, Puan Noormey. Para pemenang telah menerima hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan.
|
Tahniah... pemenang teka silang kata 2014 |
TARIKH : 22 - 26 JUN 2014
PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI JUN 2014
Taklimat
ini disediakan khusus kepada setiap pelajar baru pada setiap semester.
Antara pengisian maklumat yang diberitahu kepada pelajar-pelajar adalah
mengenai penggunaan OPAC, peraturan perpustakaan dan kemudahan yang
disediakan oleh perpustakaan kepada pelajar.
|
Menerima saguhati untuk sesi soal jawab bersama En. Azwar |
TARIKH : 8 MEI 2014
PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PELAJAR SMK BERANGAN, TUMPAT
Lawatan
ini disertai seramai 43 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru
pengiring. Informasi tentang Perpustakaan PKB di berikan oleh Encik
Azwar, Penolong Pegawai Perpustakaan
TARIKH : 20 FEBRUARI 2014
PROGRAM : BENGKEL PENCARIAN MAKLUMAT BERKUALITI DI INTERNET
Bengkel
ini disediakan khusus untuk ahli Kelab Rakan Perpustakaan (KRP). Puan
Kasuma Dewi telah menjadi fasilitator untuk bengkel ini. Tujuan bengkel
ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada ali KRP berkaitan
dengan WebOPAC, Emerald dan EbscoHost.
|
Peserta kursus |
TARIKH : 13 - 16 FEBRUARI 2014
PROGRAM : KRP CATUR PKB SPORTS
Satu
pertandingan catur peringkat PKB telah dianjurkan oleh Perpustakaan
Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama ahli Kelab Rakan Pustaka yang
berlangsung selama 4 hari berturut-turut bertempat di Dataran Gemilang.
|
Peserta catur mengatur langkah... |
TARIKH : 9 FEBRUARI 2014
PROGRAM : LAWATAN DARI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
Perpustakaan
PKB telah menerima lawatan kerja dari staf POLISAS yang bertujuan untuk
melihat pegoperasian sistem perpustakaan KOHA Perpustakaan PKB. Lawatan
ini dihadiri oleh 7 orang staf POLISAS. Puan Kasuma Dewi telah memberi
penerangan mengenai pengoperasian sistem KOHA kepada staf POLISAS.
|
Bergambar kenangan bersama staf POLISAS |
TARIKH : 15 JANUARI 2014
PROGRAM : BENGKEL BEDEWORK
Bengkel
ini disertai oleh staf PKB seramai 32 orang dan dipimpin oleh 3 orang
fasilitator iaitu Puan Kasuma Dewi, Puan Noormey dan Puan Suziana.
|
Pn. Noormey memberi tunjuk ajar kepada peserta kurs |
TARIKH : 9 - 11 JANUARI 2014
PROGRAM : LAWATAN KEUSAHAWANAN DAN PENANDARASAN KE KUCHING, SARAWAK
Pada
9 hingga 11 Januari 2014, satu lawatan berbentuk ilmiah iaitu Lawatan
keusahawanan dan penandarasan ke Kuching, Sarawak telah diadakan dibawah
anjuran Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Rombongan selama 3 hari 2
malam tersebut turut disertai oleh 17 orang ahli Kelab Rakan Pustaka
(KRP) dan diiringi oleh 3 orang pegawai pengiring.
Antara
lokasi yang telah dilawati adalah Perpustakan Negeri Sarawak, Pasar
Sarikin, kilang pembuatan pasu dan kek lapis di Kuching.
|
Dataran Kuching, Sarawak |
|
Bergambar kenangan bersama staf Perpustakaan Negeri Sarawak |
Comments
Post a Comment