Sekitar 2017 (April-Jun)

PROGRAM : PEMINJAM TERTINGGI BULAN JUN
TARIKH : 1-30 JUN 2017

Peminjam buku tertinggi bulan Jun telah dimenangi oleh Wan Najihah Binti Wan Hussin dari Jabatan kejuruteraan Awam. Menerima sijil penghargaan dan sebuah buku daripada pihak perpustakaan.



PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI JUN 2017
TARIKH     : 11,14,15 & 21 JUN 2017

Sesi taklimat perpustakaan telah diadakan sempena kemasukan pelajar semester 1 sesi Jun 2017. Taklimat perpustakaan ini diadakan bagi memberikan pengenalan kepada pelajar baru mengenai perpustakaan serta Kelab Rakan Pustaka. 





PROGRAM : MENGHIAS KAUNTER PERPUSTAKAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
TARIKH     : 19 JUN 2017

Aktiviti menghias kaunter perpustakaan telah dijalankan oleh pelajar praktikal bersama ahli Kelab Rakan Pustaka sempena dengan hari raya Aidilfitri. 








PROGRAM : STOCK CHECKING
TARIKH     : 30 MEI 2017

Aktiviti stock checking telah dijalankan oleh staf-staf perpustakaan yang bertujuan untuk mengemaskini jumlah buku yang terdapat di perpustakaan. 





PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
TARIKH     : 25 MEI 2017

Majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan dua orang pelajar praktikal yang akan menamatkan latihan industri di perpustakaan PKB. 

 




PROGRAM : AUDIT MS ISO 9001:2015
TARIKH     : 22 MEI 2017

Audit MS ISO 9001 : 2015 telah dijalankan untuk memastikan segala perkhidmatan serta infrastruktur perpustakaan mengikut standard yang telah ditetapkan. 



PROGRAM : GOTONG ROYONG SUSUN ATUR BUKU
TARIKH     : 21 MEI 2017

Gotong royong susun atur buku ini diadakan untuk menyusun atur semula buku-buku yang terletak pada rak yang salah dan juga sebagai persiapan untuk Audit ISO 9001:2015 daripada SIRIM.



PROGRAM : GOTONG ROYONG PERSIAPAN AUDIT
TARIKH     : 17 MEI 2017


Gotong royong persiapan audit diadakan sempena persiapan untuk audit MS ISO 9001:2015 daripada SIRIM. Semua staf perpustakaan terlibat dalam aktiviti gotong royong ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang gotong royong adalah menyusun atur almari, locker dan stor library di tingkat bawah




PROGRAM : TEAMBUILDING DI BUKIT KELUANG
TARIKH     : 15 MEI 2017

Team building telah dijalankan di Bukit Keluang yang disertai oleh ahli Kelab Rakan Pustaka bersama dengan staf Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Aktiviti hiking telah dijalankan untuk memupuk semangat teambuilding di kalangan ahli KRP dan staf.

 





PROGRAM : LAWATAN EKSA PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS UITM MACHANG
TARIKH : 9 MEI 2017

Lawatan EKSA telah dijalankan di Perpustakaan Tengku Anis UiTM Machang yang telah disertai oleh ahli Kelab Rakan Pustaka bersama sama dengan staf Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. 


Suasana semasa lawatan


PROGRAM : PROGRAM SEJENAK BERSAMA SELAMANYA TERASA
TARIKH : 7-8 MEI 2017

Program khidmat masyarakat telah dijalankan di Perpustakaan Desa Kg. Pangkal Meleret, Machang. Ahli Kelab Rakan Pustaka, pelajar praktikal dan staf perpustakaan  telah bekerjasama  mengadakan aktiviti susun atur dan  mengecat untuk menambahkan lagi keceriaan perpustakaan desa.

 

Suasana semasa program


PROGRAM :  MYSHELF
TARIKH : 2-4 MEI 2017

Aktiviti Myshelf telah dijalankan di Perpustakaan Politeknik Kota Bharu di mana staf ditugaskan untuk menyusun atur buku-buku di rak di dalam perpustakaan. 

 

Pemenang aktiviti Myshelf. Tahniah semua..!


Suasana ketika aktiviti




 
PROGRAM : AUDIT DALAMAN MS ISO
TARIKH : 26 APRIL 2017

Audit Dalaman MS ISO telah dijalankan di Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Audit tersebut bertujuan untuk memastikan segala operasi mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Suasana semasa audit


PROGRAM : PROGRAM FUN IN THE LIBRARY
TARIKH : 25 APRIL 2017

Program Fun In The Library telah dijalankan di Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada anak anak staf PKB serta kanak-kanak dari Tadika Cilik PKB. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti pertandingan mewarna, puppet show, Jom Membaca 10 minit dan story telling.


Suasana semasa program


PROGRAM : LET'S READ 10 MINUTE
TARIKH : 25 APRIL 2017

Aktiviti Let's Read 10 minute telah dijalankan di Makmal GCL 7 yang telah disertai oleh para pensyarah dan staf Politeknik Kota Bharu. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pensyarah dan staf PKB. 



Suasana semasa aktiviti



PROGRAM : LAWATAN KOLEJ VOKASIONAL KE PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KOTA      
                  BHARU
TARIKH : 20 APRIL 2017

Kolej Vokasional Gerik telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Politeknik Kota Bharu yang terdiri daripada 20 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring. Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat kaedah pencarian maklumat di dalam Perpustakaan Politeknik Kota Bharu. Staf perpustakaan yang terlibat iaitu En. Azwar telah memberi sedikit taklimat semasa lawatan tersebut.

 
Suasana semasa lawatan



PROGRAM : GOTONG ROYONG SUSUN ATUR MEJA KOMPUTER 
TARIKH : 17 APRIL 2017

 Gotong royong ini bertujuan untuk menyusun atur meja komputer bagi memastikan meja komputer yang disediakan di perpustakaan boleh digunakan oleh para pelajar. 


Suasana semasa gotong royong




PROGRAM : GOTONG ROYONG SUSUN ATUR RUANG KERJA
TARIKH : 3 APRIL 2017


Gotong royong ini bertujuan untuk menyusun atur meja untuk staff baru. Selamat datang kepada Pn. Rusyati bt. Ismail daripada Unit Pentadbiran PKB.  

Suasana ketika gotong royong



Selamat datang kepada Pn. Rusyati bt. Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)