Sekitar 2015

PROGRAM : SAMBUTAN HARI JADI STAF PUSTAKA DAN AHLI KRP
TARIKH : 29 DISEMBER 2015

Majlis hari jadi staf dan ahli KRP telah disambut dengan meriah di KFC Kok Lanas bagi meraikan staf dan ahli KRP yang lahir pada bulan April - Disember.


Sambutan hari jadi di KFC Kok Lanas




 

PROGRAM : BENGKEL PENYELARASAN TAKWIM PKB
TARIKH : 06 DISEMBER 2015

Tujuan bengkel ini diadakan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKB pada tahun 2016. Disertai oleh staf PKB pelbagai unit dan jabatan seramai 21 orang Puan Kasuma Dewi, Ketua Unit Perpustakaan selaku penceramah bagi bengkel ini.


Peserta bengkel dari pelbagai jabatan dan unit di PKB


PROGRAM : MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN AHLI KRP

TARIKH: 15 OKTOBER 2015

Pada bulan Oktober 2015 telah diadakan  majlis perpisahan untuk ahli Kelab Rakan Pustaka yang bertempat di Restoran Syam, Kota Bharu. Majlis ini diadakan sempena menghargai sumbangan ahli kelab yang berada di semester akhir pengajian.


Bergambar kenangan bersama ahli kelab


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 31 DISEMBER 2015

Peminjam buku bertuah bulan Disember ialah Siti Hajar Binti Madondaripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Syabas...diucapkan. 



Pn. Nurul Fatihah menyampaikan hadiah kepada pemenang


PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI NOVEMBER 2015
TARIKH: 29 NOVEMBER ,02 & 03 DISEMBER 2015

Taklimat perpustakaan wajib diberi kepada pelajar sem.1 untuk menyalurkan maklumat berkaitan koleksi perpustakaan, keahlian, kemudahan dan memberi tunjuk ajar penggunaan portal. Selepas taklimat, sesi soal jawab diadakan untuk mendapatkan maklumbalas dan memberi pemahaman yang mendalam kepada pelajar.  


Sesi taklimat bersama pelajar semester 1
PROGRAM : LAWATAN DARIPADA PANEL JURI ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE
 DI G'CAFE  
TARIKH: 26 OKTOBER 2015

G'Cafe menerima lawatan daripada panel juri Anugerah Keusahawanan MOHE. Lawatan tapak ini untuk memberi pemarkahan kepada kios dan inkubator keusahawanan pelajar di PKB. 


Tuan Pengarah PKB menyampaikan cenderahati kepada panel juri


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 31 OKTOBER 2015

Peminjam buku bertuah bulan Oktober ialah Ainul Mardhiyyah Binti Abd. Azizdaripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Syabas...diucapkan. 


 Peminjam buku bertuah bulan Oktober




PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULANAN
TARIKH:   1 - 30 SEPTEMBER 2015

Peminjam buku tertinggi bulan September ialah Cheng Sing Hieng daripada Jabatan Perdagangan.  Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar. 

Pn. Kasuma menyampaikan hadiah kepada pemenang


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 30 SEPTEMBER 2015

Peminjam buku bertuah bulan September ialah Muhammad Syahrizan Bin Nasrun daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Tahniah...diucapkan.


 Peminjam buku bertuah bulan September



PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 31 OGOS 2015

Peminjam buku bertuah bulan Ogos ialah Muhammad Najib Bin Rosdi daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Tahniah...diucapkan.


En. Azwar menyampaikan hadiah kepada peminjam buku bertuah


PROGRAM : PEMINJAM BUKU TERTINGGI BULANAN
TARIKH:   1 - 31 OGOS 2015

Peminjam buku tertinggi bulan Ogos ialah Ainul Mardhiyyah Binti Abd. Aziz daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar.


Pn. Noormey menyampaikan hadiah kepada pemenang


PROGRAM : PROGRAM LAWATAN KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) DAN TEAMBUILDING KE PULAU LANGKAWI
TARIKH:   27 - 31 OGOS 2015

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan lawatan berbentuk ilmiah bersama ahli Kelab Rakan Pustaka ke UNIMAP. Seterusnya mengadakan program teambuilding ke Pulau Langkawi untuk memupuk ukhuwah di kalangan ahli.


Lawatan ke UNIMAP

Island Hopping Langkawi


PROGRAM : LAWATAN DARIPADA PUSPANITA DI G'CAFE 
TARIKH:  9 OGOS 2015

Seramai 7 orang daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) telah mengadakan lawatan ke G'Cafe. Lawatan ini turut diiringi oleh Tuan Pengarah PKB. Puan Kasuma sebagai penasihat G'Cafe turut memberi penerangan mengenai penubuhan G'Cafe kepada ahli PUSPANITA.

Tuan Pengarah bergambar kenangan bersama ahli PUSPANITA


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 31 JULAI 2015

Peminjam buku bertuah bulan Julai ialah Nor Shaiful Azam Bin Ismail daripada Jabatan Kejuruteraan Awam. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menggalakkan pelajar berkunjung dan menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di perpustakaan.



Pn. Juhaizan menyampaikan hadiah kepada pemenang

PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA SMK PUTERI SAADONG
TARIKH: 29 JULAI 2015

Lawatan ilmiah  daripada SMK Putri Saadong ke perpustakaan PKB seramai 52 orang termasuk pelajar dan guru pengiring.

Encik Azwar memberi penerangan ringkas kepada para pelajar


PROGRAM : PEMINJAM BUKU BERTUAH BULANAN
TARIKH:   1 - 30 JUN 2015

Peminjam buku bertuah bulan Jun ialah Elin Aliesha Bt Azirwan Tan daripada Jabatan Perdagangan. Tahniah..diucapkan.


 Penyampaian hadiah kepada pemenang


PROGRAM : TAKLIMAT PERPUSTAKAAN SESI JUN 2015

TARIKH: 21,22,23 & 25 JUN 2015

Taklimat perpustakaan wajib diberi kepada pelajar sem.1 untuk menyalurkan maklumat berkaitan koleksi perpustakaan, keahlian, kemudahan dan memberi tunjuk ajar penggunaan portal. Selepas taklimat, sesi soal jawab diadakan untuk mendapatkan maklumbalas dan memberi pemahaman yang mendalam kepada pelajar.  

 
Sesi taklimat bersama pelajar semester 1



PROGRAMBENGKEL PENGKATALOGAN
TARIKH : 2-3 JUN 2015

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan Bengkel berkaitan pengkatalogan yang melibatkan staf perpustakaan. Bengkel selama dua hari yang diketuai oleh Puan Kasuma Dewi Binti Said bertujuan memberi pendedahan tentang ilmu asas pengkatalogan kepada staf dan juga pelajar latihan industri. 



Pn. Kasuma memberi tunjuk ajar kepada staf


PROGRAM : PROGAM GERAK BACA: LEARN & ENJOY
TARIKH: 1 JUN 2015 

Pada 1 Jun 2015, Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan program kanak-kanak bersempena dengan cuti sekolah. Program Gerak Baca melibatkan penyertaan anak-anak staf Politeknik Kota Bharu dalam pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna, Teka Gambar dan IQ Minda, Jejak Maklumat dan banyak lagi. Aktiviti yang diadakan mendapat sambutan disamping dapat menanam minat cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak.



Antara aktiviti menarik yang dijalankan...





PROGRAM : LAWATAN PENGANTARABANGSAAN KE JAKARTA DAN BANDUNG
TARIKH: 8 - 12 MEI 2015

Kelab Rakan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Indonesia. Lawatan ini disertai oleh 10 orang ahli kelab bersama staf pengiring.  Antara tempat yang dilawati di Jakarta adalah National Monument (Monas), Taman Mini Indonesia dan Tanah Abang. Di Bandung pula ahli rombongan telah melawat Kawah Putih, Pasar Baru, Jalan Cihampelas, Jalan Dago dan Rumah Mode.




                                 Bergambar kenangan di National Monument (Monas)


                                        Merasai suasana sebenar di Kawah Putih...







PROGRAM : LAWATAN KE PAMERAN BUKU BIG BAD WOLF BOOKS
TARIKH: 11 MEI 2015

Seramai 26 orang staf pelbagai unit dan jabatan dari Politeknik Kota Bharu telah mengadakan lawatan sehari ke Pameran Buku "Big Bad Wolf Books" bertempat di Unisza, Terengganu. Rombongan yang diketuai oleh Encik Azwar Bin Junoh.



                                                    Suasana di pameran buku... 





PROGRAM : LAWATAN PELAJAR - PELAJAR (KEDAP) DAN PEMIMPIN MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH JELI, KELANTAN
TARIKH: 6 MEI 2015

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) cawangan Kelantan & Terengganu telah mengadakan lawatan akademik ke Politeknik Kota Bharu. Seramai 40 pelajar dari Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) cawangan Jeli telah menyertai rombongan yang diketuai oleh Encik Mohd Asri Jusoh. Antara tempat yang dilawati termasuklah perpustakaan dan galeri PKB.






Bergambar kenangan di hadapan Galeri PKB





PROGRAM : LAWATAN DARIPADA POLITEKNIK SEBERANG PRAI (PSP)
TARIKH: 26 APRIL 2015

Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah menerima lawatan daripada staf perpustakaan Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang (PSP).

Menjamu selera bersama di G' Cafe



PROGRAM : 'JOM BACA BERSAMA' SELAMA 10 MINIT ( LET'S READ TOGETHER)
TARIKH: 23 APRIL 2015

Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah menjalankan program 'Jom Baca Bersama' selama 10 minit bersama kakitangan PKB seramai 93 orang. Kempen galakan membaca ini ialah untuk melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya membaca dan berilmu pengentahuan. Antara tentatif program yang diselitkan ialah tayangan video, telaga minda, bacaan kegemaran saya dan majlis penyampaian cenderahati.



                                

PROGRAM : AUDIT APACC 2015
TARIKH: 30 MAC 2015

Perpustakaan salah satu unit yang telah menerima lawatan daripada Dr. Paiboon Saiyawongs  dan Dr. Romulita Alto untuk menilai secara keseluruhan sistem pendidikan di politeknik bagi menerima pensijilan APACC (Asia Pacific Accreditation and Certification Commission).



PROGRAM : AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA DAN BERCERITA
TARIKH : 2 - 4 MAC 2015

Sempena Konvokesyen yang ke-28, Perpustakaan Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bertempat di Foyer Perpustakaan selama tiga hari berturut. Sesi bercerita juga turut diselitkan. Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada keluarga yang hadir ke Majlis Konvokesyen. 

Aktiviti galakan membaca sempena Majlis Konvokesyen ke-28



PROGRAM : JEJAK MAKLUMAT
TARIKH: 8 FEBRUARI 2015

Program ini terbuka kepada pelajar PKB sahaja bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam program galakan membaca. Aktiviti secara berkumpulan ini bertujuan menguji minda, kecergasan dan kerjasama. Pemenang akan menerima hadiah dan semua peserta  akan mendapat sijil penyertaan. 

Peserta tekun menyelesaikan tugasan yang diberi...
JUARA...Jejak Maklumat 2015




PROGRAM : DINNER, MAJLIS HARI JADI, & MAJLIS PERPISAHAN PRAKTIKAL & PSH
TARIKH : FEBRUARI 2015

Pada bulan Februari 2015 telah diadakan majlis makan malam, hari jadi dan majlis perpisahan anjuran Perpustakaan Politeknik Kota Bharu bertempat di Betel Valley, Kota Bharu. Majlis ini telah diadakan sempena menghargai staf, ahli Kelab Rakan Pustaka, pelajar praktikal serta pekerja sambilan harian perpustakaan.

Majlis memotong kek...









 

Comments

Popular posts from this blog

Sekitar 2023 (Julai- September)

Sekitar 2024 (Jan - Mac)

Sekitar 2023 (Oktober -Disember)